Euforia Bola 2026
Dapur

Isteri Kongsi Resepi Ikan Pari Masak Lada, Suami Puji “Tak Pernah Jumpa Masakan Sesedap Ini..”

ikan pari kuah lada

Ikan pari kuah lada merupakan salah satu hidangan tradisional di Melaka yang jarang diketengahkan, namun cukup istimewa bagi sesetengah keluarga.

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Syalfarina Razali, masakan ini bukan sekadar hidangan harian, tetapi membawa nilai sentimental tersendiri. Ia merupakan salah satu masakan kegemaran suami, yang pernah menyatakan bahawa inilah lauk paling sedap pernah dimasak oleh isterinya.

Baca juga: Resepi Sup Kosong Ala Gerai Ini Dapat 20K Shares, Letak Bahan Ini Baru Lagi Puas Nak Hirup!

IKAN PARI KUAH LADA, LEBIH SEDAP DARI ASAM PEDAS

IKAN PARI KUAH LADA

Ini resepi turun-temurun, nenek saya ajar mak, mak ajar saya. Jadi saya masak ikut rasa dan cara keluarga. Tiada sukatan tepat, tiada cara betul atau salah. Asalkan sedap di tekak sendiri.

Ramai yang tanya, kuah lada ni sama ke dengan asam pedas? Jawapan aku: tidak sama. Sekali pandang memang nampak sama macam asam pedas tetapi ramuannya lain.

Rasa pun berbeza dan kuah lada ini juga antara masakan tradisional orang Melaka.

Bahan-bahan tumbuk:

  • 2 biji bawang merah (saiz sederhana)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ¼ ketul belacan (guna belacan segar, bukan jenis kering)

Bahan tumis:

  • 5 helai daun limau purut (buang urat tengah kalau rajin)
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air (jika perlu)

Bahan utama:

  • Ikan pari (anggaran ikut jumlah orang makan)
  • Bendi (pilihan, boleh letak atau tidak)
  • Segenggam asam jawa (jenis berbiji)
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula/perasa tambahan (ikut selera)

IKAN PARI KUAH LADA

Cara penyediaan ikan pari kuah lada:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan belacan hingga lumat.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daun limau purut dan halba. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan bahan tumbuk, kacau dan tumis hingga wangi.

4. Masukkan pula cili kisar, serbuk kunyit dan lada hitam. Kacau rata dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.

5. Tambah sedikit air jika tumisan terlalu kering. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. Gaul sebati.

6. Masukkan ikan pari yang telah dibersihkan. Gaul biar rempah serap ke dalam ikan.

7. Masukkan bendi jika ada dan jika suka.

8. Ramas asam jawa dengan air dan masukkan ke dalam masakan. Ulang 2-3 kali hingga dapat kepekatan dan rasa masam yang seimbang. Jangan terlalu cair.

9. Masukkan kerisik. Kacau rata supaya kuah jadi lebih berlemak dan pekat.

10. Perasakan dengan garam dan sedikit gula atau perasa lain jika perlu.

Setelah kuah mendidih dan pekat, tutup api. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Lauk ini juga sesuai dicicah dengan roti canai, cara orang Melaka menikmatinya.

Baca juga: Cara Buat Lengat Pisang Tradisional Macam Nenek, Rasa ‘Kayangan’ & Lebih Puas Makan!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×