Limau purut bukan sekadar digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan, malah ia turut menyimpan pelbagai khasiat untuk kesihatan, kecantikan serta rawatan tradisional. Dari daun hingga buahnya, setiap bahagian limau purut mempunyai manfaat tersendiri yang telah lama diamalkan dalam masyarakat.
Menurut perkongsian Pertanian Satu Perniagaan di Facebook, limau purut memberi kesan positif bukan sahaja dalam menjaga kesihatan dalaman, malah mampu membantu masalah mulut dan gigi secara semula jadi. Tamanan limau purut juga dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi kerana mengandungi antibakteria, antioksidan dan vitamin penting untuk tubuh.
MANFAAT LIMAU PURUT

Gambar: Pertanian Satu Perniagaan
Manfaat daun limau purut
- Aromaterapi semulajadi: bau segar menenangkan, mengurangkan stres.
- Antibakteria dan antikulat: mencegah jangkitan kulit dan mulut.
- Melancarkan pencernaan: membantu buang angin, hilangkan kembung.
- Mengurangkan bau badan dan mulut: sifatnya menyegarkan.
- Menguatkan imun: kandungan antioksidan tinggi.
- Menghalau serangga: baunya tidak disukai nyamuk atau serangga kecil.
Manfaat buah limau purut
- Kaya vitamin C: tingkatkan daya tahan badan.
- Membersih mulut dan gigi: jusnya bantu kurangkan bakteria penyebab bau mulut.
- Melancarkan peredaran darah: kulit buah digunakan dalam herba tradisional.
- Membuang toksin: air perahan campur madu sebagai detoks semulajadi.
- Menurunkan kolesterol: kulitnya ada kandungan yang bantu stabilkan lemak darah.
Baca juga: Tips Elak Hirisan Epal Bertukar Lebam, Simpan Lama Bawa Ke Piknik Pun Masih Putih Segar!
RAWATAN TRADISIONAL UNTUK MASALAH MULUT DAN GIGI

Gambar: Mohd Amri
1. Gigi berlubang dan sakit giti
- Ambil daun limau purut muda, tumbuk hingga keluar air.
- Campur dengan sedikit garam.
- Letakkan pada kapas, tampal pada gigi yang sakit atau berlubang.
Sifat antibakteria dan anti-radang bantu kurangkan sakit dan kuman.
2. Bau mulut
- Rebus 5–7 helai daun limau purut campur sedikit garam.
- Gunakan air rebusan sebagai kumuran selepas gosok gigi.
Segarkan mulut, bunuh bakteria penyebab bau.
3. Gusi bengkak atau berdarah
- Perah sedikit jus buah limau purut.
- Campur dengan air suam, jadikan mouthwash alami.
Vitamin C dan asid sitrik bantu kuatkan gusi.
4. Pemutih gigi semula jadi
- Kulit buah limau purut boleh digosok perlahan pada gigi.
Membantu kurangkan karang gigi dan kotoran (guna jarang-jarang, sebab asid boleh hakis enamel jika terlalu kerap).
Tips penggunaan selamat
- Jangan guna jus terlalu pekat terus pada gigi (asid boleh rosakkan enamel).
- Gunakan sekali-sekala sebagai rawatan tambahan, bukan ganti doktor gigi.
- Wanita hamil disarankan guna dalam jumlah kecil (aroma kuat boleh sebabkan loya).
Baca juga: Resipi Sambal Belacan Kampung Paling Sedap Di Dunia, Buat Selera Anda Tak Berhenti Makan!
Sumber: Pertanian Satu Perniagaan
FT Image: brookfieldgardens / freepik
