Euforia Bola 2026
Sihat

Cara Buat Minyak Urut Untuk Hilangkan Kebas Kaki, 2 Bahan Utama Ini Memang ‘Power’!

HILANGKAN KAKI KEBAS

Kalau anda selalu alami rasa mencucuk, kebas atau lenguh di bahagian kaki, mungkin inilah masanya untuk cuba petua hilangkan kaki kebas secara semula jadi.

Ramai yang masih tidak tahu, masalah ini sering berpunca daripada peredaran darah yang kurang lancar. Dengan hanya guna bahan dapur seperti halia, bawang putih dan minyak kelapa, anda boleh sediakan minyak urut sendiri di rumah yang bukan sahaja menjimatkan tetapi juga berkesan.

Baca juga: Petua ‘Bersihkan’ Paru-Paru Bila Terkena Jangkitan, Nafas Lega & Buang Kahak Cara Semula Jadi

PETUA HILANGKAN KAKI KEBAS GUNA MINYAK BUATAN SENDIRI

HILANGKAN KAKI KEBAS

Freepik

Bahan-bahan:

  • Minyak kelapa – 3 sudu besar
  • Halia – 1 inci (ditumbuk atau diparut halus)
  • Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk halus)

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam minyak kelapa.

2. Panaskan campuran ini di atas api kecil selama 5 hingga 10 minit.

3. Jangan terlalu lama, cukup sehingga naik bau wangi.

4. Tapis campuran untuk mendapatkan minyak bersih.

5. Biarkan minyak suam sebelum digunakan.

6. Sapukan minyak tersebut pada bahagian kaki yang rasa kebas.

7. Urut perlahan-lahan selama 10 hingga 15 minit, dari bawah ke atas untuk membantu pengaliran darah.

HILANGKAN KAKI KEBAS

Freepik

Anda boleh guna minyak ini sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Minyak ini membantu merangsang peredaran darah dan memberi kelegaan kepada saraf. Jika diamalkan secara konsisten, ia boleh membantu mengurangkan masalah kebas dan memberikan rasa lebih selesa pada kaki.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: ‘Menyamar’ Jadi Makanan Sihat Tapi Diproses, Elakkan 10 Senarai Ini Bermula Sekarang!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×