Euforia Bola 2026
Dapur

Tips Elak Hirisan Epal Bertukar Lebam, Simpan Lama Bawa Ke Piknik Pun Masih Putih Segar!

epal lebam

Bayangkan anda siapkan bekalan buah epal untuk anak ke sekolah, tetapi bila dibuka waktu rehat, isinya sudah lebam dan berubah warna. Rasa kecewa itu bukan saja pada anak, malah kita sendiri. Nasib baik ada tip ringkas yang boleh elak epal lebam jadi begini.

Jom tengok tips elak epal lebam dan kesegaran buah bertahan lama seperti dikongsikan laman The Spruce Eats.

Baca juga: Resipi Sambal Belacan Kampung Paling Sedap Di Dunia, Buat Selera Anda Tak Berhenti Makan!

TIPS ELAK EPAL LEBAM

epal lebam

Gambar: The Spruce Eats

Tip ringkas untuk mengelakkan epal cepat lebam

  • Jauhkan hirisan epal daripada udara: Selepas dipotong dan direndam dalam larutan, simpan epal dalam bekas kedap udara supaya tidak terdedah terlalu lama pada oksigen.
  • Letak di tempat sejuk dan gelap: Simpan hirisan epal dalam persekitaran sejuk (bukan beku) dan gelap supaya lebih tahan lama.
  • Potong lebih besar: Jika epal dipotong lebih tebal, bahagian yang terdedah kepada udara berkurang, sekaligus melambatkan proses pencoklatan.
  • Bezakan kegunaan: Untuk epal yang hendak dibakar, rendam terus dalam larutan garam sehingga masa memasak. Jika untuk dimakan begitu sahaja, rendam selama 10 minit, kemudian tos, bilas, keringkan dan simpan dalam bekas kecil atau plastik kedap udara.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu teh garam halus secukupnya
  • 1 cawan air suhu bilik secukupnya
  • 1 biji epal (apa-apa jenis)

Cara membuat:

  1. Sediakan semua bahan.
  2. Bancuh garam bersama air dan kacau hingga larut. Pastikan jumlah air cukup untuk merendam semua hirisan epal.
  3. Kupas kulit (jika mahu), buang biji dan hiris epal mengikut ketebalan yang diingini. Lagi tebal potongan, lagi lambat ia bertukar warna.
  4. Rendam hirisan epal dalam larutan garam selama 10 minit.
  5. Tos dan bilas di bawah air mengalir, kemudian lap hingga kering.
  6. Boleh terus dimakan atau simpan dalam bekas kedap udara di peti sejuk sehingga 12 jam.

Baca juga: Resipi Kari Ikan Jenahak Kuah Pekat & Wangi, Rupanya Kena 5 Kali Pecah Minyak Baru Sedap Kaw Kaw!

epal lebam

Gambar: The Spruce Eats

Cara menyimpan epal yang sudah dipotong 

Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik ziplock di tempat sejuk dan gelap. Hirisan epal boleh kekal segar selama beberapa jam, malah jika disimpan dengan betul boleh tahan sehingga 12 jam.

“Kalau anda merancang untuk berkelah atau perjalanan jauh dengan kereta, cara ini dapat mengekalkan kesegaran buah dengan sempurna. Saya sendiri terkejut betapa berkesannya kaedah ringkas ini,” Noah Velush-Rogers, catatan daripada penguji resipi.

Baca juga: 6 Pantang Larang Mengail Udang Galah Perlu Kaki Pancing Tahu, Elak Dapat Masalah Dengan ‘Sang Bedal’

Sumber: The Spruce Eats

FT Image: The Spruce Eats

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×