Euforia Bola 2026
Asuh

Kanak-Kanak Dipukul Tukul Alami Detik Cemas Jantung Terhenti 14 Minit, Keluarga Mohon Doa Semua!

mangsa tukul

Kanak-kanak mangsa tukul, Muhammad Ammar, 7, masih dalam keadaan kritikal selepas mengalami detik cemas apabila jantungnya terhenti selama 14 minit pada pagi Selasa.

“Saya hilang kata-kata, jantung ‘Abe’ terhenti selama 14 minit pagi tadi,” luah bapanya, Muhammad Badrul Remli, 31, yang masih terkesan dengan tragedi menimpa anak sulungnya itu.

Baca juga: “Umi Jangan Menangis, Alawi Reda Dengan Ujian Allah”- Pelajar Tahfiz Tabah Hidap Penyakit Jantung Jarang Ditemui!

KELUARGA MOHON DOAKAN KANAK-KANAK MANGSA TUKUL

mangsa tukul

Gambar Nor Amalina Alias (Harian Metro): (kanan) Muhammad Badrul (kiri) Nur Ayuni Mohd, ibu bapa kepada kanak-kanak yang cedera parah akibat dipukul dengan tukul.

Badrul yang mesra memanggil anaknya sebagai ‘Abe’ (abang) turut merayu orang ramai agar mengadakan solat hajat serta mendoakan kesembuhan buat anaknya.

“Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya ringkas ketika dihubungi media tempatan.

Pihak keluarga juga memohon ruang diberikan kepada mereka untuk melalui saat getir ini tanpa sebarang tekanan daripada luar.

Ibu mangsa, Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, dalam nada sebak memaklumkan, keadaan anaknya terus dilaporkan kritikal selepas enam hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, jantung Ammar terhenti pada jam 9.30 pagi semalam sebelum segera dibantu pasukan perubatan.

“Saya masih menunggu keputusan doktor yang merawat dan buat masa ini keadaan anak masih kritikal,” jelasnya.

Baca juga: “Ralat Dengan Apa Yang Berlaku, 10 Tahun Tunggu Zuriat” Luahan Pilu Bapa Bayi Kembar Selepas Tragedi Plaza Tol Bukit Kajang

Insiden menyayat hati itu berlaku Khamis lalu apabila Ammar parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya sendiri di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak tersebut menerima lebih 50 jahitan, retak di beberapa bahagian tempurung kepala, otak bengkak dan mengalami luka serius.

Manakala, suspek berusia 46 tahun yang menyerang mangsa ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Baca juga: Anak Kedua Linda Hashim & Beego Alami Luka Melecur Tahap Tiga, Tertumpah Kuah Makaroni Panas!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×