Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Lahir Normal Tapi Lepas Kerap Jatuh, Berubah Jadi ‘Istimewa’! Jangan Abaikan Risiko Ini

ANAK KERAP JATUH

Menerusi aplikasi Threads, Nurul Huda Nkay telah berkongsi satu peringatan penting buat para ibu bapa khususnya mereka yang pernah mengalami situasi anak kerap jatuh di rumah.

Berdasarkan pengalamannya dalam bidang perkembangan kanak-kanak, dia menjelaskan bahawa anak kerap jatuh mungkin kelihatan biasa tetapi menyebabkan perubahan besar dalam tumbesaran dan perkembangan seorang anak.

Baca juga: Anak 4 Tahun Alami Kencing Berdarah & Muka Jadi Gelap, Makanan & Minuman Berwarna Jadi Punca

ANAK KERAP JATUH & TERHANTUK, BOLEH JADI OKU JIKA DIBIARKAN

ANAK KERAP JATUH

Freepik

Anak yang pada asalnya dilahirkan dalam keadaan sihat dan normal, boleh mengalami gangguan perkembangan akibat kecederaan yang tidak disangka-sangka..

Katanya, ada beberapa kes di mana bayi dilahirkan dengan skor APGAR yang tinggi, tiada masalah perkembangan awal, tetapi segalanya berubah selepas satu insiden jatuh yang kelihatan ‘tidak serius’ pada awalnya.

Difahamkan, dia menerima satu kes membabitkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun enam bulan. Sebelum umur dua tahun, anak ini menunjukkan perkembangan yang normal. Namun, selepas terjatuh dan alami masalah bengkak di kepala tanpa pendarahan dalaman, kesannya sangat besar.

“Baru-baru ini, saya menerima satu kes melibatkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun enam bulan. Sebelum usia dua tahun, ibu bapanya memaklumkan bahawa perkembangan anak ini berjalan normal. Namun, selepas terjatuh, walaupun hanya mengalami bengkak di kepala tanpa sebarang pendarahan dalaman, keadaan mula berubah.

“Anak ini dimasukkan ke wad selama dua minggu. Beberapa bulan kemudian, dia dirujuk ke bahagian Terapi Carakerja (Occupational Therapy) kerana perkembangan mula merosot. Anak tersebut kehilangan beberapa perkataan bermakna yang sebelum ini telah dikuasai, bermain dengan cara yang agak kasar dan memerlukan bantuan dalam banyak aspek sebelum boleh diterima masuk ke playschool. Ibunya akhirnya terpaksa berhenti kerja untuk memberi fokus sepenuhnya kepada sesi terapi dan pemulihan anak,” ujarnya.

ANAK KERAP JATUH

Daripada kes-kes begini, Nurul Huda mula sedar bahawa meskipun anak dilahirkan sihat, risiko kecederaan tetap ada , khususnya kecederaan kepala.

Waktu yang paling membimbangkan menurutnya adalah ketika mandi. Bilik air merupakan antara tempat paling berisiko tinggi, lebih-lebih lagi jika anak mandi tanpa pengawasan penuh orang dewasa. Permukaan yang licin dan ruang sempit boleh mengundang tragedi dalam sekelip mata.

Baca juga: “Itu Kali Terakhir Saya Tengok Dia”- Ibu Kongsi Pemergian Anak, Jatuh Baby Bouncer Ketika Di Dapur

Sumber:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×