Keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang kini bertarung nyawa akibat kepala dipukul tukul dan mengalami kecederaan parah merayu orang ramai agar mendoakan keajaiban untuk kesembuhannya.
Bapanya dalam satu perkongsian di Facebook hari ini memuat naik gambar anaknya yang kini dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian dengan kepala berbalut.
Baca juga: Dipukul Dengan Tukul Oleh Bapa Saudara, Budak 7 Tahun Kritikal & Suspek Ditemui Maut Tergantung
KEPALA DIPUKUL TUKUL, BAPA MOHON DOAKAN KEADAAN ANAK

“Assalamualaikum sahabat-sahabat. Ini anak saya yang kes kelmarin di Jelawat, Bachok. Minta jasa baik kepada semua doakan anak sulung saya agar dipermudahkan segala urusan.
Keadaan kritikal, pendarahan bahagian kepala tak henti. Mudah-mudahan doa daripada sahabat semua, ada satu keajaiban buat anak saya,” tulisnya sayu di laman Facebook.
Terdahulu, kanak-kanak malang itu dipercayai menjadi mangsa serangan menggunakan tukul oleh bapa saudaranya dalam kejadian menyayat hati di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok, sekitar jam 5.15 petang.
Beberapa jam selepas kejadian, suspek ditemui meninggal dunia di kawasan Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dipukul.
Baca juga: Petua ‘Bersihkan’ Paru-Paru Bila Terkena Jangkitan, Nafas Lega & Buang Kahak Cara Semula Jadi
Sumber: Facebook
