Euforia Bola 2026
Famili

“Jangan Seronok Sangat…”- Bahaya Edit Gambar Guna Prompt AI, Risiko Diguna Deepfake & Dark Web!

aplikasi AI

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai yang seronok mengikuti trend menyunting gambar menggunakan aplikasi AI seperti Gemini. Dari wajah yang kelihatan lebih muda, lebih tua, hingga versi ‘anime’, semua nampak menarik untuk dikongsi di media sosial.

Namun, di sebalik keseronokan itu, ramai tidak sedar ada risiko besar menanti setiap kali kita memuat naik gambar peribadi ke aplikasi AI. Alamak!

Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!

JANGAN SERONOK SANGAT EDIT GAMBAR GUNA APLIKASI AI, DATA WAJAH BOLEH BOCOR!

aplikasi AI

Ramai menyangka gambar yang dimuat naik hanya diproses dalam telefon, tetapi hakikatnya kebanyakan aplikasi AI akan menghantar data ke server syarikat untuk diproses.

Di situlah timbul isu bahawa gambar kita bukan saja disimpan sementara, malah boleh dijadikan dataset untuk melatih model AI. Walaupun ada polisi privasi yang mendakwa data dipadam dalam tempoh 24 jam, tiada bukti sahih ia benar-benar berlaku.

Lebih membimbangkan, ada syarikat yang berkongsi data dengan pihak ketiga seperti pengiklan atau rakan teknologi. Pernah berlaku kes aplikasi ‘face swap’ dan ‘aging filter’ menggunakan wajah pengguna untuk melatih model deepfake tanpa izin. Sangat merisaukan!

Risiko Bila Data Wajah Bocor

aplikasi AI

Foto: freepik

Wajah kita adalah data biometrik, sama pentingnya dengan cap jari atau suara. Bila ia jatuh ke tangan pihak lain, banyak risiko menanti:

  • Deepfake Video – wajah kita diletakkan dalam video palsu untuk tujuan fitnah atau eksploitasi.
  • Akaun Palsu – scammer guna gambar kita untuk buat akaun media sosial menipu keluarga & kawan.
  • Dokumen Palsu – wajah dimanipulasi pada kad pengenalan atau pasport palsu.
  • Animasi Realistik – hanya dari satu gambar, AI boleh cipta animasi wajah seolah-olah kita bercakap.

Bayangkan jika video palsu tersebar, kita boleh dituduh buat sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Lebih membimbangkan, banyak sistem keselamatan kini menggunakan pengesahan wajah. Jika data biometrik kita bocor:

  • Penjenayah mungkin cuba bypass sistem log masuk bank atau e-wallet.
  • Scammer boleh gunakan teknologi AI masa nyata untuk buat video call palsu, seolah-olah kita sendiri yang bercakap dan minta wang daripada ahli keluarga.
  • Data wajah yang dicuri boleh dijual di dark web bersama maklumat peribadi lain.

Banyak aplikasi AI beroperasi di luar negara, jadi tindakan undang-undang untuk menuntut penghapusan data hampir mustahil. Lebih bahaya, syarikat boleh menukar Terms & Conditions sesuka hati dan tiba-tiba berhak menggunakan gambar kita untuk tujuan komersial.

Jadi, sebelum ikut trend, fikirkan dahulu, adakah anda sanggup menyerahkan wajah anda iaitu identiti unik yang tak boleh diganti kepada pihak yang mungkin tidak bertanggungjawab? Kadang-kadang, apa yang nampak menyeronokkan di media sosial boleh jadi pintu masuk kepada ancaman yang kita tak pernah jangka…

Baca juga: Graduan UiTM Jadi Rebutan, Universiti Ini Kekal Jadi Pilihan Majikan Dengan 92.1% Kebolehpasaran Kerja!

Sumber: Asri Meris Anthony

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×