Euforia Bola 2026
Famili

BUDI95: Bermakna Lebih Bajet untuk Anak, Rumah & Barang Dapur

Pengumuman pelaksanaan skim subsidi baharu, BUDI95 benar-benar membawa sinar harapan kepada rakyat Malaysia. Dengan BUDI95, kerajaan pastikan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter, jauh lebih rendah berbanding harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter. 

Berita ini jelas melegakan ramai rakyat Malaysia kerana harga minyak yang lebih murah, menandakan lebih banyak bajet boleh diperuntukan untuk memenuhi keperluan keluarga masing-masing.

Duit jimat, hidup lebih teratur

Kredit: Harian Metro

Melalui Skim BUDI95, penjimatan yang boleh dinikmati rakyat adalah sekitar RM100-RM200. Jumlah ini dilihat jelas dapat meringankan beban rakyat terutamanya bagi golongan B40.

Duit lebihan yang ada boleh digunakan untuk membayar tuisyen anak-anak, bil elektrik, air atau internet, bahkan boleh juga digunakan untuk membeli barangan dapur.

Setidak-tidaknya kita tidak perlu korek tabung semasa hujung bulan. Urusan rumah jadi lebih tersusun dan hati lebih tenang.

Menurut Pekerja swasta, Muhammad Iman Baharom penurunan harga minyak telah lama dinantikan oleh semua rakyat Malaysia.

Pekerja swasta, Muhammad Iman Baharom (34)

“Saya menyambut baik inisiatif BUDI95. Dah lama rakyat tunggu penurunan harga minyak berlaku. Bila harga minyak turun, kita sebagai rakyat ada la duit lebih untuk digunakan dalam urusan harian. Lagipun setiap hari saya travel hampir 60km untuk urusan kerja. Jadi, bila ada inisiatif sebegini boleh la jimat sikit duit poket,” katanya.

Suri rumah, Nurshafika Suhaimi (32)

Bagi suri rumah, Nurshafika Suhaimi pemberian subsidi melalui inisiatif BUDI95 sedikit sebanyak membantu dirinya menguruskan kewangan keluarga dengan lebih baik.

“Alhamdulillah, pelaksanaan BUDI95 sangat membantu. Kalau nak bandingkan harga minyak tak bersubsidi RM2.60 dengan RM1.99 seliter, saya boleh jimat sekitar RM100 hingga RM200. Jumlah ini mungkin kecil bagi sesetengah individu tetapi bagi saya ianya satu jumlah besar. Ada la duit lebih untuk topup barang dapur dan bayar bil sikit-sikit,” katanya.

Duit subsidi, balik semula kepada rakyat

Dengan pemansuhan subsidi pukal, kerajaan dapat jimat antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun dan duit ini akan disalurkan kembali kepada rakyat melalui bantuan bersasar seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah).

Kredit: Harian Metro

Maksudnya disini,  kita bukan saja dapat harga minyak yang lebih murah, tapi dalam masa sama kerajaan memiliki lebih banyak peruntukan untuk bantuan lain.

Untuk makluman, semua rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu aktif layak menerima BUDI95, dimana anda boleh mengisi minyak sehingga 300 liter sebulan pada harga subsidi.

Senang cerita, RM1.99 seliter bukan sekadar harga minyak murah, tapi peluang untuk kita urus kewangan keluarga dengan lebih baik.

Semak kelayakan, baki penggunaan,  anda melalui portal budimadani.gov.my bermula 25 September 2025, jam 9.00 pagi.

Hubungi talian bantuan 1300-88-9595 untuk sebarang soalan.

#BudiMadaniRON95 #ManfaatRakyat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×