Kalau sebut pasal Muay Thai fighter, pastinya akan mengingatkan anda kepada barisan legenda dari Thailand yang telah mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Di antara ribuan pejuang yang pernah melangkah ke gelanggang, berikut adalah lima nama yang dianggap paling berbahaya sama ada dari segi kekuatan, teknik atau rekod yang mereka cipta.
Baca juga: Tukar Cip MyKad Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini (23 September) – JPN
MUAY THAI FIGHTER PALING BAHAYA DI DUNIA, POWER
Muay Thai bukan sekadar seni mempertahankan diri, ia adalah simbol keberanian, disiplin dan kekuatan luar biasa.
1. Buakaw Banchamek

Buakaw adalah ikon Muay Thai moden yang membawa seni tempur ini ke mata dunia. Dikenali dengan gaya agresif, stamina luar biasa dan tendangan seperti peluru, Buakaw telah menakluk kejohanan antarabangsa seperti K-1 dan Thai Fight.
Dia bukan sahaja kuat tetapi mampu menyerap pukulan dan kembali menyerang dengan lebih ganas. Buakaw adalah gabungan kekuatan mental dan fizikal yang sempurna.
2. Saenchai

Muay Thai fighter selanjutnya dikenali sebagai pejuang paling teknikal dalam sejarah Muay Thai, Saenchai kerana menggunakan teknik unik, langkah kaki luar biasa dan gaya bertarung yang hampir mustahil ditiru.
Dengan ketinggian dan kekuatan lebih kecil daripada kebanyakan lawannya, dia masih mampu menang dengan gaya penuh seni dan bijak. Setiap pergerakannya seperti tarian maut dalam gelanggang.
3. Muay Thai fighter – Dieselnoi Chor Thanasukarn

Dieselnoi dikenali sebagai “Raja Lutut” Muay Thai. Dengan ketinggian luar biasa (sekitar 1.88m), lututnya menjadi senjata utama yang tak mampu ditandingi.
Dia mendominasi era 1980-an dan menjadi juara Lumpinee Stadium tanpa ditandingi selama bertahun-tahun sehinggakan tiada pencabar sanggup naik gelanggang. Ramai menganggap dia antara fighter paling menakutkan dalam sejarah Muay Thai.
4. Samart Payakaroon

Bekas juara Lumpinee dan juga juara dunia tinju, Samart memiliki gaya bertarung yang licik, bijak membaca pergerakan lawan, dan serangan balas yang sangat berbisa.
Gabungan Muay Thai dan tinju menjadikan dia ancaman dari pelbagai sudut. Samart bukan sahaja fighter tetapi legenda sebenar seni tempur Thailand.
5. Rodtang Jitmuangnon

Muay Thai fighter yang terakhir sekali adalah Rodtang, merupakan monster Muay Thai era moden. Dikenali sebagai “The Iron Man”, Rodtang sering kali ‘makan’ pukulan tanpa menunjukkan rasa sakit, malah tersenyum sebelum membalas dengan lebih agresif.
Kelima-lima Muay Thai fighter ini membawa sesuatu yang unik ke dalam dunia Muay Thai sama ada seni, kekuatan, ketahanan, atau strategi.
Baca juga: Anak Aziz M Osman, Ara Aziz Masuk Universiti Umur 15 Tahun, “Ini Bukan Biasa-Biasa, Hebat”
Sumber: TikTok
