Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Rahsia Pokok Limau Purut Kampung Cepat Naik, Kena Buang DURI Baru Hasilnya Puas Hati!

POKOK LIMAU PURUT

Ramai peminat tanaman herba dan buah tempatan pasti mengenali pokok limau purut, lebih-lebih lagi jenis kampung. Pokok ini bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi dalam rawatan tradisional dan aromaterapi.

Namun, tidak ramai yang tahu satu rahsia mudah dan berkesan untuk memastikan pokok limau purut kampung cepat besar. Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Baca juga: Teknik Betul Potong Fiddle Fig Untuk Pokok Cepat Rimbun, ‘Rahsia’ Yang Ramai Belum Cuba!

POKOK LIMAU PURUT CEPAT BESAR, KENA POTONG DURI RUPANYA

POKOK LIMAU PURUT

Menerusi perkongsian daripada Afeeq Feeq di laman Facebook, dia menjelaskan bahawa rahsia utama untuk memastikan pokok limau purut hidup segar adalah dengan memotong durinya.

Duri pada pokok limau purut sebenarnya mengambil banyak tenaga, baja dan air daripada sistem pokok. Ia seperti ‘perosak dalaman’ menyedut nutrien penting yang sepatutnya disalurkan ke daun, batang dan akar pokok.

Bila duri ini dibuang, tenaga dan sumber makanan pokok akan difokuskan sepenuhnya kepada pertumbuhan yang lebih produktif. Akibatnya, pokok akan cepat membesar, daun lebih lebat dan batang menjadi lebih kukuh.

Selain itu, Afeeq turut menyatakan bahawa pokok limau purut kampung adalah antara varieti paling wangi di dunia. Daunnya mengeluarkan aroma sangat kuat dan menyegarkan, jauh lebih wangi berbanding jenis hibrid yang banyak dijual di pasaran sekarang. Inilah sebabnya kenapa ramai penggemar masakan Thai dan tradisional Melayu tetap memilih purut kampung walaupun sukar dicari.

POKOK LIMAU PURUT

Jenis hibrid mungkin lebih senang dijaga atau cepat berbuah, tetapi dari segi kualiti bau dan rasa, purut kampung tetap juara. Dengan menggunakan teknik membuang duri ini, pokok bukan sahaja cepat besar, malah menghasilkan daun yang lebih banyak dan berkualiti tinggi.

Jadi, kepada sesiapa yang menanam pokok limau purut kampung, cubalah petua ini. Nampak mudah, tapi kesannya sangat luar biasa.

Selamat mencuba dan semoga pokok anda subur membesar!

Baca juga: Bertahun Tak Beli Luar, Wanita Ini Dedah Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×