Euforia Bola 2026
Famili

Bawa 9 Hantaran, Pulang 8 Saja…Bunga Telur Buatan Tangan Ibu ‘Lesap’ Ketika Majlis, Keluarga Pengantin Tak Halal!

bunga telur kahwin

Walaupun dunia semakin moden dengan pelbagai trend baharu, majlis perkahwinan Melayu tetap mengekalkan adat bunga telur kahwin sebagai simbol keberkatan dan tanda ingatan buat para tetamu.

Lazimnya, bunga telur diberikan kepada ahli keluarga terdekat atau tetamu yang hadir, sekali gus menjadi penyeri tradisi yang masih diwarisi hingga kini. Namun kini, bunga telur boleh menjadi antara barang yang akan ‘dicuri’!

Baca juga: Hukum Basuh Tangan Guna Air Sirap Kenduri, Penjelasan Ustaz Buat Netizen Sebut ‘Allahuakhbar’!

9 Hantaran Dibawa, Tapi Pulang Hanya 8…Bunga Telur Kahwin Dicuri Orang!

bunga telur kahwin

Foto: Bunga telur masin yang dikatakan hilang selepas majlis.

Namun, berbeza dengan kisah sebuah majlis perkahwinan di Cyberjaya baru-baru ini, bunga telur yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi misteri kehilangan.

Menurut perkongsian Amirah Ferdi di laman Tiktok, majlis perkahwinan anak saudaranya yang berlangsung di sebuah dewan berjalan lancar pada awalnya. Pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran, termasuklah bunga telur masin yang dihias cantik. Tetapi sebaik selesai majlis, mereka terkejut apabila mendapati hanya lapan hantaran sahaja yang pulang ke rumah.

Amirah menjelaskan, semua hantaran telah dipindahkan ke bilik persiapan pengantin ketika sesi bergambar. Anehnya, dalam bilik yang turut menyimpan barangan peribadi itu, hanya bunga telur itu sahaja yang ghaib tanpa jejak.

Pada mulanya, mereka menyangka ia mungkin tertinggal berhampiran pelamin. Namun setelah majlis berakhir, pencarian tetap menemui jalan buntu.

Tidak Halalkan, Hasil Buatan Tangan Ibu Pengantin

bunga telur kahwin

Foto: Semasa majlis di pihak lelaki.

Lebih mengecewakan, bunga telur tersebut sebenarnya hasil buatan tangan ibu pengantin lelaki yang dibuat dengan penuh kasih sayang.

Amirah memberitahu, sebelum pulang dia sempat melihat pekerja majlis perkahwinan (bridal) sibuk menyiapkan dekorasi untuk majlis seterusnya. Namun sehingga kini, tiada pihak menghubungi keluarga pengantin untuk memulangkan barang tersebut.

Kami memang rasa ralat sangat, lebih-lebih lagi bunga telur itu ada nilai sentimental. Kalau benar dicuri, kami tak halalkan,” ujarnya kesal.

@amirahferdi Tak halal – siapa yang curi hantaran masa kawin Qistina #fyp #foryoupage #kawin #niece #hantaran ♬ original sound – Amirah Ferdi

*Semoga pihak yang terlibat dapat pulangkan semula atau paling mudah adalah dengan mengucapkan kata-kata maaf seikhlas hati…

Baca juga: Gadis Bingung Bapa Suruh Buat Majlis Kahwin Di Pasar Tani, Rupanya Idea ‘Aneh’ Ini Bukan Cakap Kosong!

Sumber: Tiktok @amirahferdi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×