Euforia Bola 2026
Percutian

“Saya Hanya Lepas Pandang Sekejap…” Ibu Cerita Saat Cemas Anak Hampir Dilarikan Di Plaza Padang Besar

plaza padang besar

Plaza Padang Besar menjadi saksi pengalaman mendebarkan seorang ibu apabila hampir kehilangan anak kecilnya dalam sekelip mata. Kisah yang dikongsinya di laman Threads itu kini menjadi peringatan penting kepada semua ibu bapa agar sentiasa berwaspada di kawasan awam yang sesak.

Insiden berlaku ketika wanita tersebut berada di kaunter tandas.

Baca juga: Lepas Bersara Baru Ada Masa Pergi Melancong? Ini 20 Tip Penting Dari Orang Lama Wajib Anda Tahu!

KISAH BENAR ANAK HAMPIR DILARIKAN DI PLAZA PADANG BESAR

plaza padang besar

Suasana ketika itu sibuk, dengan orang ramai beratur, ada yang membeli-belah dan ada juga yang menunggu di hadapan tandas. Anak kecilnya kelihatan berjalan ke depan sambil leka menari-nari.

Ketika dia mengeluarkan syiling untuk membayar, matanya masih sesekali memerhati si kecil.

Namun secara tiba-tiba, seorang wanita tidak dikenali menyambar tangan anaknya lalu cuba bergerak pantas seolah-olah mahu membawa pergi. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu pula hampir mengikut kerana menyangka dirinya dipimpin ibunya.

Jeritan selamatkan anak

plaza padang besar

Tersentak dengan kejadian itu, naluri seorang ibu segera bertindak. Dengan suara lantang, dia menjerit nama anaknya sehingga si kecil terkejut dan berpaling.

Jeritan itu menarik perhatian orang ramai yang membuatkan wanita terbabit segera melepaskan tangan kanak-kanak itu sambil berpura-pura tersalah orang.

“Tindakan reflex aku, terus jerit nama anak dengan nada tegas, lantas anak aku terkejut dan toleh ke aku. Orang keliling pun beramai-ramai tengok muka aku. Dan si perempuan tu lepaskan tangan anak aku sambil angkat tangan, yang kononnya signal dia tersilap orang,” katanya.

Menurutnya, wanita tersebut dianggarkan berusia lingkungan 30-an, berkulit sawo matang dan bertubuh sederhana. Walaupun tidak pasti asal-usulnya, dia yakin tindakan itu bukan sekadar tersalah sangka.

Katanya lagi, anak kecilnya masih ringan dan mudah didukung. Jika ketika itu anaknya menangis, kemungkinan orang ramai hanya menyangka ia sekadar tantrum biasa tanpa menyedari hakikat sebenar.

Baca juga: 3 Kanak-Kanak Cedera, Pemandu Diserang Sawan Rempuh Orang Ramai Di Pasar Kea Farm!

Walaupun hatinya berdebar hebat, ibu berkenaan tetap bersyukur kerana anaknya selamat. Dia menganggap insiden itu sebagai peringatan daripada Allah agar lebih berhati-hati, selain menekankan kepentingan pengawasan rapi terhadap anak-anak.

“Teguran Allah untuk aku. Alhamdulilah, Allah masih lindung anak-anak aku. Tak dapat bayangkan kalau ralit beli barang, tiba-tiba anak aku tak ada kat sebelah. Nauzubillah, a very lesson learn to me, and caution story to all of you. Be alert,” katanya.

Baca juga: 9 Tempat Camping Terbaik Di Malaysia Janjikan Kedamaian Minda, Buat Anda Nak Terus Kemas Beg!

Sumber: Threads @ummihikaru

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×