Telatah Azura anak kepada kepada penyanyi legenda tanah air, Dato’ Jamal Abdillah, yang ‘tidur’ bersama anak lembu di dalam sebuah video yang kini tular di TikTok telah mencuri perhatian warga maya.
Gelagat spontan itu telah mencuri hati ramai kerana memaparkan telatah penuh keakraban antara seorang kanak-kanak dengan haiwan peliharaannya.
AZURA ‘TIDUR’ DENGAN ANAK LEMBU

Video yang dimuat naik di akaun rasmi Jamal Abdillah menunjukkan Azura berada di sisi anak lembu berkenaan. Dalam rakaman itu, Azura kelihatan begitu selesa sehingga sanggup baring di peha haiwan tersebut, seolah-olah menjadikannya sebagai bantal.
“Apalah masalah anak dara teman (saya). Dia boleh tidur dengan lembunya,” kata Jamal dalam nada mesra yang jelas menggambarkan rasa terhibur dengan gelagat anaknya itu.
Lebih mengundang senyuman, Azura turut dilihat menampal plaster pada peha lembu berkenaan yang sedang berbaring. Aksi kecil itu menggambarkan naluri penyayang seorang kanak-kanak terhadap haiwan.
Tidak mengejutkan, ruangan komen dibanjiri reaksi positif. Ramai menggunakan emoji ketawa selain meluahkan rasa kagum terhadap Jamal yang memberi peluang anaknya berinteraksi dengan alam sekitar.
“Seronoknya masih dapat rasa pengalaman dengan haiwan dan alam semula jadi.
“Kehidupan ini yang amat tenang dan nyaman.
“Macam kucing dibuatnya.
“Lembu pun redho saja hahaha.
“Azura mesra alam Dato’ hehe.
“Ini baru betul enjoy zaman kanak-kanak kan Azura kan,” komen mereka yang begitu terhibur dengan anak dara Jamal ini.
Lebih mencuit hati, ada juga warga maya yang mengaitkan nama Azura dengan filem klasik ‘Azura’ lakonan Jamal bersama Ogy Ahmad Daud pada era 1980-an yang pernah mencetuskan fenomena besar sehingga ke hari ini masih diingati.
“Wow! Cara Jamal panggil Azura…macam dalam filem ‘Azura’.
“Azura. Sempena filem ‘Azura’, saya suka cerita itu!
“Cara Jamal Abdillah panggil Azura! Macam dalam filem sahaja,” tulis warga maya.
@jamalabdillah_official
Baca juga: Betul Ke Anak Gigi Jarang Sebab Ibu Suka Sikat Rambut Masa Bayi? Ini Jawapan Doktor!
Sumber: TikTok @jamalabdillah_official
FT Image: TikTok @jamalabdillah_official
