Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dibaham buaya ketika menjala di Sungai Kampung Empila, Samarahan, pagi Khamis. Mangsa, Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal, dikatakan berada sendirian di atas perahu sebelum disambar reptilia tersebut sekitar jam 7.30 pagi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak mereka menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.53 pagi.
Baca juga: “Semua Sayang Kakak” – 7 Beradik Sanggup Cuti Kerja Jaga Kakak Kanser Tahap 4
MANGSA 12 TAHUN DIBAHAM BUAYA DI SAMARAHAN, SARAWAK
Sebaik menerima laporan, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan segera dikerahkan ke lokasi.
“Berdasarkan maklumat awal daripada seorang lelaki iaitu saksi kejadian, kanak-kanak itu sedang menebar jala dari atas perahu pada jarak kira-kira 10 meter dari bot saksi yang ketika itu sedang memancing.
“Lelaki itu mendengar mangsa menjerit dan apabila dia menoleh ke arah suara itu, didapati mangsa hilang daripada pandangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau menambah, saksi terbabit kemudian bergegas ke kawasan mangsa hilang dan cuba membuat pencarian awal sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Pasukan bomba yang tiba di lokasi berjaya mengesan mayat mangsa kira-kira 10 meter dari tempat terakhir dia dilihat.
“Pemeriksaan awal menemui kesan kecederaan akibat gigitan buaya pada badan dan dada mangsa,” jelasnya.
Mayat kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Baca juga: Video Tular Bacaan Merdu Seorang Pak Cik, Rupanya Dulu Imam Tapi Kini Tak Terurus Dek Ilmu Hitam!

Gambar oleh Mohd Roji Kowi (NSTP): Mayat Arif Fahmi Aiman, ketika ditemukan di sungai Kampung Empila. Gambar kanan, Mohd Tinggal.
Sementara itu, “kitak sik sayang kamek lagikah?” (awak tidak sayang saya lagikah?) merupakan kata-kata terakhir Arif Fahmi kepada ibunya sebelum dia keluar ke sungai untuk menjala pagi tersebut.
Tidak disangka itulah kali terakhir mereka bersua kerana tidak lama selepas itu, dia menerima perkhabaran duka tentang anak bujangnya itu.
Bapanya, Mohammad Tinggal Ali, 52, berkata beliau pelik kenapa anaknya mengucapkan kata-kata itu, sedang dia tiada sebarang masalah dengan ibunya.
“Saya masih hairan apabila isteri saya memaklumkan Arif meluahkan kata-kata itu sebelum dia turun ke sungai.”
“Dia memang mempunyai hobi berbeza dengan kanak-kanak lain yang kebanyakkannya leka bermain gajet, tetapi anak saya ini boleh dikatakan setiap hari ke sungai untuk menjala,” katanya yang ditemui di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) ketika menunggu proses bedah siasat jenazah anaknya itu.
Kerana terlampau minat menjala, Arif Fahmi kini memiliki tujuh rawan jala dengan lima dibelinya hasil jualan udang yang ditangkapnya, manakala dua lagi jala pemberian bapanya.
“Saya pun pelik, kenapa dia terlalu minat menjala dan begitu berani turun ke sungai dalam keadaan gelap awal pagi, sedangkan saya pun takut ke sungai kerana memang diketahui banyak buaya di sungai itu.
“Memang itulah aktiviti hariannya. Kalau tidak ke sungai, dia akan ke tali air untuk memancing,” katanya.
Baca juga: [VIDEO] Tular Pempengaruh Buat Majlis Akikah Seakan Istiadat Diraja, Kini Disiasat PDRM!

