Buang barang bukan sekadar melepaskan sesuatu yang sudah tidak diperlukan, tetapi ia juga tentang mencipta ruang baru dalam hidup anda. Menurut Amir Hamzah Abdul Shukor, proses ‘de-clutter’ ini memerlukan strategi dan konsistensi agar hasilnya lebih teratur serta memberi ketenangan.
Berikut adalah 7 cara berkesan yang boleh anda pratikkan.
Baca juga: Tiap Malam Bulu Roma Selalu Meremang, Rupanya Simpan 9 Barang Ini Yang Dikatakan Ada Penunggu!
7 STRATEGI BIJAK UNTUK BUANG BARANG BERLAMBAK

Gambar hiasan.
1. Mulakan dengan langkah kecil
Jangan cuba kemas seluruh rumah dalam sehari. Fokus pada ruang kecil seperti laci, rak buku, atau meja sisi katil. Bila berjaya, ia beri semangat untuk teruskan ke ruang lain.
2. Gunakan “sistem empat kotak”
Sediakan empat kotak berlabel: Simpan, Derma/Jual, Buang dan Pindah. Kaedah ini membantu anda mengasingkan barang dengan lebih sistematik.
3. Ikut peraturan 1-dalam-1-luar
Setiap kali beli barang baru, buang atau dermakan satu barang lama. Contohnya, beli kasut baru dan buang kasut lama. Cara ini elak barang bertimbun.
Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!
4. Selesaikan ruang demi ruang
Fokus pada satu ruang sepenuhnya sebelum beralih ke ruang lain. Contoh: habiskan bilik tidur dahulu, kemudian baru berpindah ke dapur atau bilik air.
5. Fikirkan “nilai & kegunaan”
Tanya diri: “Adakah barang ini beri saya nilai atau kegunaan sekarang?” Jika tidak, masa untuk buang atau derma. Jangan simpan hanya kerana rasa bersalah.
6. Amalkan “30 minit setiap hari”
Peruntukkan 30 minit harian untuk mengemas. Konsistensi lebih efektif berbanding tunggu hingga rumah terlalu bersepah.
7. Ambil gambar sebelum dan selepas
Bandingkan keadaan sebelum dan selepas mengemas. Perubahan yang jelas akan jadi motivasi untuk kekal menjaga kebersihan.
Mengikut perkongsian ini, proses buang barang bukan sekadar membuang, tetapi memberi peluang untuk menyusun semula kehidupan dengan lebih teratur, lapang dan damai.
Sumber: Amir Hamzah Abdul Shukor
FT Image: Amir Hamzah Abdul Shukor
