Euforia Bola 2026
Famili

Pelancong Di Langkawi Merosot 39% Sempena Cuti Hari Malaysia, Ramai Pilih Pergi Negara Jiran

PELANCONG LANGKAWI

Sempena cuti Hari Malaysia, pelancong Langkawi merekodkan penyusutan ketara jumlah pelancong, dengan kejatuhan antara 30 hingga 39% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Fenomena ini turut menggambarkan tekanan serupa yang dihadapi lokasi pelancongan utama lain di Malaysia.

Baca juga: Tak Perlu Tergesa-Gesa, Bantuan SARA RM100 Boleh Digunakan Sampai 31 Disember!

PELANCONG LANGKAWI MEROSOT 39% SEMPENA CUTI HARI MALAYSIA

PELANCONG LANGKAWI

Freepik

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir, data rasmi yang dikumpulkan menunjukkan semakin ramai pelancong tempatan kini memilih untuk bercuti di luar negara, khususnya ke selatan Thailand.

“Kita berpegang pada statistik sebenar, bukan sekadar andaian. Penurunan ini amat ketara berbanding tahun 2024,” katanya sambil menambah bahawa lokasi seperti Hatyai semakin menjadi pilihan kerana tawaran pelancongan yang lebih menarik dan kos yang lebih rendah.

Walaupun Langkawi masih mempunyai banyak keistimewaan, Zainudin menekankan perlunya pembaharuan agar pulau itu kekal relevan dalam pasaran pelancongan.

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada penurunan jumlah pelawat ialah tambang penerbangan yang tinggi, yang dikatakan boleh mencecah ribuan ringgit untuk perjalanan pergi dan balik.

“Ramai pelancong terkejut dengan harga tiket. Ada yang murah untuk perjalanan pergi, tapi tambang balik sangat mahal. Ini buat pelancong serik.

“Malaysia perlu menampilkan destinasi tempatan sebagai pilihan utama rakyatnya sendiri. Jika tidak, mereka akan terus memilih untuk melancong ke negara jiran,” jelasnya.

Beliau juga menegaskan kepentingan kerjasama strategik antara kerajaan pusat dan pemain industri pelancongan dalam merancakkan semula sektor ini.

“Langkawi sepatutnya kembali menjadi ikon pelancongan negara. Kerjasama pelbagai pihak sangat penting untuk memulihkan keadaan ini,” ujarnya.

PELANCONG LANGKAWI

Sebagai tindakan pantas, LTA akan memperkenalkan kempen Langkawi Mega Sales Tourism (LMST) bermula 1 Oktober hingga 31 Disember, menawarkan diskaun antara 15 hingga 60 peratus untuk pelbagai produk serta aktiviti pelancongan.

“Ini hasil kolaborasi antara ahli persatuan termasuk pengusaha makanan, barangan bebas cukai, taman tema dan pengendali sukan laut. Kami bersatu demi mengembalikan keyakinan pelancong terhadap Langkawi,” tambahnya.

Bagi tahun ini, LTA menyasarkan ketibaan seramai 3.5 juta pelancong menjelang hujung Disember. Sehingga September, sebanyak 2.8 juta pelancong telah direkodkan.

Media sebelum ini ada mendedahkan bahawa lebih RM130 juta dijangka dibelanjakan oleh rakyat Malaysia di Thailand sepanjang cuti panjang ini, dengan lebih 100,000 orang memilih untuk melancong ke negara jiran.

Pakar ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, trend ini menunjukkan melancong ke luar negara kini semakin menjadi kebiasaan dan gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baca juga: Pasangan Nigeria Lahirkan Bayi Kulit Putih & Mata Biru, Fenomena Luar Biasa Tapi Ini Sebabnya!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×