Ikan masak kicap sering menjadi pilihan hidangan keluarga kerana mudah disediakan dan sesuai dimakan bersama nasi panas. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Pari Malar Thoraisingam, berkongsi resipi istimewa arwah ibunya yang cukup ringkas tetapi penuh aroma.
“Ikan masak kicap berempah resipi emak saya. Cuba ya,” tulis Pari Malar. Menurutnya, rahsia keenakan resipi ini terletak pada gabungan bawang, daun kari serta rempah yang ditumis sehingga harum sebelum digaul bersama kicap dan sos.
Baca juga: Tular Resipi Cucur Ayam Bebas Gluten, Ramai Anak Kata Sedap Macam Nugget, Minta Hari-Hari Nak Makan!
RESIPI IKAN MASAK KICAP BEREMPAH

Gambar: Pari Malar Thoraisingam
Bahan-bahan
- Seekor ikan bawal emas (atau ikan lain pilihan)
- Bawang merah, bawang putih, halia (dihiris halus)
- Daun kari segar
- Cili padi atau cili kering (ikut cita rasa)
- Sedikit serbuk cili, kunyit, serbuk kari ikan dan garam
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram, cuka dan sos cili
- 3 sudu besar air
- Serbuk jintan putih sangai
Baca juga: Wanita Ini Dedah Cara Unik Simpan Lengkuas, Tak Kering Keras Walau Berbulan & Sentiasa Sedia Pakai!

Gambar: Pari Malar Thoraisingam
Cara penyediaan:
- Lumurkan ikan dengan serbuk cili, kunyit, kari ikan dan garam.
- Goreng ikan dengan sedikit minyak, cukup hingga masak tetapi jangan terlalu garing supaya isinya kekal lembut.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak. Tumis bawang, halia dan daun kari sehingga layu dan harum.
- Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, cuka dan sos cili. Gaulkan rata.
- Masukkan pula air, kacau hingga kuah sedikit pekat.
- Angkat dan curahkan kuah berempah itu ke atas ikan goreng.
- Taburkan serbuk jintan putih sangai untuk aroma tambahan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Kerabu Tauge Kerang Pucuk Paku, ‘Salad’ Tradisi Paling Istimewa Di Hati Orang Melayu!
Sumber: Pari Malar Thoraisingam
FT Image: Pari Malar Thoraisingam
