Euforia Bola 2026
Famili

Lelaki Selamba Bawa Masuk Bir & Tuang Dalam Gelas Restoran Halal Dikecam Hebat, Staf Tegur Alasannya “Satu Malaysia”

minuman bir

Minuman bir yang dibawa seorang lelaki ke sebuah restoran halal baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak. Tindakan itu dianggap biadab dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat, terutamanya umat Islam di Malaysia.

Kejadian tersebut dikongsi di platform Threads apabila lelaki berkenaan dengan selamba masuk ke sebuah restoran makanan terkenal yang mempunyai sijil halal.

Baca juga: [VIDEO] Laungan Azan Lunak & Penuh Penghayatan Murid Ini Buat Ramai Menangis, Raih Johan Pertandingan!

BAWA MINUMAN BIR DALAM RESTORAN HALAL

minuman bir

Lebih mengejutkan, dia turut meminta pekerja restoran memberikan gelas untuk menuang bir yang dibawanya sebelum minum di meja makan.

Menurut individu yang merakam gambar, pekerja restoran tersebut telah menegur lelaki berkenaan dengan cara yang baik. Namun teguran itu dibalas dengan kemarahan.

Situasi tersebut berlarutan sehingga pihak keselamatan restoran datang untuk memberi amaran, tetapi lelaki itu tetap berdegil dengan alasan kononnya “Satu Malaysia”.

“Staff memang ada datang tegur and cakap elok elok, lepas itu dia marah staff tu. Staff itu siap panggil security lagi.

“Security datang and inform that guy juga. But dia degil ya, siap marah lagi. Then keep cakap ‘kita satu Malaysia’. Staff situ dah buang gelas itu,” jelasnya.

Baca juga: Bantu Aya Sofya 4 Tahun, Bergelut Kanser Saraf Perlu Sumbangan Rawatan Ke China Ahad Ini!

minuman bir

Insiden ini menimbulkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Rata-rata warga maya beranggapan perbuatan tersebut keterlaluan dan wajar diambil tindakan.

Ramai yang menekankan risiko restoran kehilangan status halal sekiranya perkara sebegini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“They think its small matter tapi kalau ada orang report, TCRS can lose their halal certification for this outlet.. so it is serious.

“Please don’t view this matter through the lens of race. As a type C, I believe he should face legal consequences. This is a serious issue.

“This is not ok! Please! Malays respect the temples, just like chinese respect our surau and raya, just like indians respect christmas, churches and so on! We should tolerate each other AND also, respect the eateries! They can lose their halal license bcs of you alone! This is so selfish!” antara komen warga maya yang dilontarkan.

Baca juga: Majlis Bersanding Berderai Tangisan Sedih, Selepas Dikhabarkan Bapa Pengantin Lelaki Meninggal Dunia

Sumber: Thread

FT Image: Thread

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×