Laungan azan yang merdu seringkali memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Begitulah yang dapat dirasai apabila seorang pelajar bernama Anuarul Iman bin Adam tampil dengan suara lunak dan penuh penghayatan.
Kelebihan itu telah berjaya membuatkan peserta cilik tersebut meraih gelaran Johan dalam Pertandingan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Islam (MIISSRI) Peringkat Negeri Kedah.
Baca juga: Jangan Ingat Tak Penting, Anak Berdepan Risiko Terbantut Jika ‘Skip’ Ubat Cacing Setiap 6 Bulan!
LAUNGAN AZAN MERDU ANUARUL IMAN BUAT RAMAI SEBAK

Gambar: Tiktok @Sriti_SAIF
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @Sriti_SAIF, kapsyen yang tertera menyebut:
“Alunan merdu azan oleh adik Anuarul Iman bin Adam, pelajar Sriti Al Akhlak Al Islamiah yang telah merangkul sebagai Johan bagi Pertandingan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Islam (MIISSRI) Peringkat Negeri Kedah.”
Dalam rakaman berdurasi 4 minit 44 saat itu, kelihatan Anuarul Iman berjubah putih dan berserban sedang berdiri di hadapan empat orang juri lelaki sambil melaungkan azan.
Suara lantang dan merdunya nyata menyentuh hati ramai, malah Anuarul memperlihatkan keyakinan seorang muazzin muda yang sudah terbiasa dengan latihan dan bimbingan.
Baca juga: Betul Ke Anak Gigi Jarang Sebab Ibu Suka Sikat Rambut Masa Bayi? Ini Jawapan Doktor!
Reaksi warga maya pula membuktikan betapa azan tersebut memberi kesan yang mendalam.
“Masya Allah! Kalau macam ini merdunya panggilanmu setiap waktu, pasti ramai yang datang. Tahniah ibu ayah yang mendidik.
“Subhanallah, jatuh air mata seorang ibu. Tahniah pada ibunya.
“Allahuakbar, sedapnya anak ini azan, semoga anak ini menjadi anak yang soleh.
“Masya Allah dik, rasa sebak acik dengar azan yang sangat merdu dan indah. Moga berjaya dunia akhirat anakanda,” antara komen-komen ditinggalkan warga maya.
Komen-komen tersebut menggambarkan rasa sebak, bangga dan penuh harapan agar Anuarul Iman terus istiqamah menjadi anak soleh yang memberi manfaat kepada ummah. Malah, ada yang menyatakan alunan azan Anuarul Iman mampu membuatkan sesiapa sahaja menitiskan air mata kerana ketenangan yang dibawa.
Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama sekolahnya, malah menjadi inspirasi buat ibu bapa lain bahawa pendidikan agama yang baik mampu melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan berbakti kepada agama.
Sesungguhnya, azan bukan sekadar panggilan solat, tetapi simbol syiar Islam yang apabila dilantunkan dengan penuh keikhlasan, ia mampu mengetuk hati sesiapa sahaja yang mendengar.
@sriti_saif Alunan merdu azan oleh adik Anuarul Iman bin Adam, pelajar Sriti Al Akhlak Al Islamiah yang telah merangkul sebagai Johan bagi Pertandingan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Islam (MIISSRI) Peringkat Negeri Kedah. #fyp #azanmerdu #johanazan #jiharkahmerdu
Baca juga: Nama Panjang Boleh Menyusahkan Anak, Ini 6 Kesan Yang Ramai Ibu Bapa Tak Sedar!
Sumber: Tiktok @Sriti_SAIF
FT Image: Tiktok @Sriti_SAIF
