Euforia Bola 2026
Famili

“Ini Bukan Kedai Kopi Untuk Lepak”- Bapa Tak Puas Hati Cikgu Larang Makan Di Kantin Sekolah, Persoal Pangkat

kantin sekolah

Isu keselamatan di sekolah kembali menjadi perhatian apabila seorang bapa meluahkan rasa tidak puas hati selepas ditegur kerana kebiasaannya makan di kantin sekolah anaknya tidak lagi dibenarkan.

Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan pihak sekolah tersebut.

Baca juga: Baju Berkedut, Tudung Senget… Murid Darjah 1 Datang Sekolah Sehari Selepas Ibu Meninggal, Air Mata Guru & Netizen Tumpah

HARI-HARI BAPA MAKAN DI KANTIN SEKOLAH ANAK, CIKGU NEKAD UNTUK TEGUR

kantin sekolah

Foto: kasihmakanlaila.blogspot.com

Menurut lelaki itu, sepanjang enam tahun berulang-alik ke sekolah berkenaan, tiada seorang pun guru mahupun pihak pentadbir yang pernah menegurnya. Justeru, teguran kali ini menimbulkan rasa hairan.

Melalui hantaran di Thread, lelaki tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama guru berkenaan. Dalam mesejnya, guru itu dengan sopan menjelaskan bahawa peraturan sekolah memang tidak membenarkan ibu bapa atau penjaga berada di dalam kawasan sekolah ketika waktu persekolahan berlangsung tanpa kebenaran.

Namun, si bapa tetap mempertahankan tindakannya.

“Saya hanya makan lima minit, cikgu. Selama ni tak pernah pun pengetua atau penolong kanan tegur. Saya pun tak pernah duduk saja-saja di kawasan sekolah, kecuali tunggu anak balik,” tulisnya.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut, lelaki itu kemudian menyarankan pihak sekolah meletakkan papan tanda larangan di kantin agar ibu bapa lebih jelas tentang peraturan. Malah, dia sempat menyindir dengan bertanya sama ada guru berkenaan mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada guru lain.

“Kalau tak boleh makan…buat la signboard besar besar oi!” tambahnya lagi.

Guru itu bagaimanapun tetap menegaskan bahawa dia sekadar menyampaikan pesanan kerana bimbang ada ibu bapa lain yang mungkin mengambil kesempatan.

Netizen Bersuara, Isu Keselamatan Bukan Perkara Kecil

kantin sekolah

Foto: Tiktok @syahmisadzali

Perkongsian lelaki itu pantas mencetuskan reaksi ramai. Sebaliknya, majoriti warga maya mengecam tindakannya kerana dianggap tidak memahami tujuan larangan tersebut. Seorang ibu bapa tampil memberi penerangan panjang lebar tentang kepentingan peraturan itu, antaranya:

1. Keselamatan murid

Tidak semua guru mengenali wajah ibu bapa murid. Jika ada individu berniat jahat menyamar sebagai penjaga, mereka boleh masuk dengan mudah tanpa disedari.

2. Risiko dendam dan ancaman

Andai kata ada ibu bapa atau penjaga yang berdendam dengan pihak lain, keselamatan murid boleh terancam sekiranya mereka berada bebas di dalam kawasan sekolah.

Bukan itu sahaja, seorang pengusaha kantin sekolah turut tampil memberi pandangan. Menurutnya, kantin sekolah bukanlah tempat untuk penjaga atau waris datang melepak, makan, atau menunggu anak pada waktu persekolahan.

Katanya lagi, kawasan sekolah merupakan zon larangan sekiranya tiada urusan rasmi. Justeru, sesiapa sahaja yang ingin masuk perlu menggunakan pas pelawat yang dikeluarkan pihak sekolah. Malah, ‘makcik kantin’ ini sempat menyindir tindakan sesetengah ibu bapa yang bukan sahaja makan di kantin, tetapi kemudian mengadu pula tentang harga makanan.

“Kita masuk tender harga makanan khas untuk murid sekolah. Kalau cikgu pun harga lain. Portion makanan yang diambil ibu bapa pun berbeza, jadi tak boleh samakan dengan harga budak sekolah,” jelasnya.

Bagi netizen, isu ini tidak sepatutnya diperlekeh kerana melibatkan kesejahteraan murid dan kelancaran operasi sekolah. Tambah pula dengan banyak kes melibatkan gejala pedophile dan culik, keselamatan anak-anak ini patutnya lebih ketat.

Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

Sumber: Thread @zamin.omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×