Euforia Bola 2026
Nur

Nak Bergambar Dengan Patung Agama Lain Di Tempat Bersejarah Semasa Melancong? Ini Hukumnya

hukum bergambar patung

Setiap kali melancong ke destinasi menarik, sama ada dalam atau luar negara, pusat keagamaan juga sering menjadi tarikan pelancong. Namun, khususnya bagi yang beragama Islam, apakah hukum bergambar patung agama lain sekadar untuk dibuat kenangan?

Tertanya-tanya juga walaupun hanya untuk dijadikan kenangan melawat tempat bersejarah yang mempunyai elemen agama lain ini…

Baca juga: 10 Hotel Mesra Bajet Bawah RM100 Seluruh Malaysia, Bercuti Satu Keluarga Tanpa Poket Kering!

HUKUM BERGAMBAR PATUNG AGAMA LAIN SEMASA MELANCONG/ MELAWAT, INI JAWAPAN

hukum bergambar patung

Foto: bucketlist

Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum seorang Muslim bergambar dengan patung agama lain sebenarnya bergantung kepada niat dan tujuan. Dalam satu rakaman ceramah di YouTube, beliau memberi contoh berkaitan agama Buddha:

  • Haram – jika tujuan bergambar adalah untuk mempromosikan atau menimbulkan rasa kagum terhadap agama tersebut.
  • Makruh – jika sekadar bergambar sebagai tanda kenangan bahawa seseorang pernah mengunjungi lokasi tersebut.

UAI turut menjelaskan konsep tasyabbuh, iaitu menyerupai perbuatan atau simbol agama lain. Rasulullah SAW telah bersabda:

“Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk daripada kalangan mereka.”– (Hadis Riwayat Abu Daud & Ahmad)

Namun menurut UAI, hadis ini tidak merujuk kepada sekadar bergambar. Tasyabbuh berlaku apabila seseorang Muslim meniru perbuatan atau lambang agama lain sehingga menimbulkan keraguan terhadap identitinya sebagai seorang Islam.

Contoh yang sangat jelas berkaitan sambutan Hari Natal di mana pokok krismas, misalnya, sudah sinonim dengan penganut agama Kristian. Jika seorang Muslim meletakkan pokok krismas lengkap dengan lampu dan hiasan di rumah, ia boleh menimbulkan sangkaan bahawa dia menganut agama tersebut.

Situasi sebegini dianggap haram kerana menyerupai amalan agama lain walaupun hakikatnya dia seorang Islam. Namun begitu, UAI menegaskan bergambar dengan pokok krismas di pusat membeli belah atau tempat awam tidaklah haram, kerana ia sekadar dekorasi di ruang umum.

Yang menjadi haram adalah apabila seseorang Muslim meniru amalan agama lain dengan meletakkan pokok krismas di rumahnya sendiri sehingga menimbulkan salah sangka.

hukum bergambar patung

Foto: freepik

*Kesimpulannya, seorang Muslim masih boleh bergambar di lokasi yang mempunyai patung atau simbol agama lain, asalkan niatnya bukan untuk memuliakan atau menyerupai amalan agama tersebut. 

Baca juga: Hidup Tanpa Hiburan, Ini 7 Bandar Dikatakan Paling BOSAN Di Malaysia Yang Anda Kena Tahu!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×