Meja makan sering dianggap simbol kebersamaan dan kasih sayang dalam rumah tangga. Ia menjadi tempat bukan sahaja untuk menjamu selera, tetapi juga ruang komunikasi antara suami isteri dan ahli keluarga.
Namun begitu, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat tentang adab yang sepatutnya diamalkan oleh seorang isteri ketika suami sedang makan. Adakah perlu seorang isteri sentiasa berada di sisi suaminya, atau adakah ia sekadar pilihan yang boleh dilakukan jika berkesempatan?
Baca juga: Bila Terserempak Makhluk Halus Dalam Tandas, Jangan Azan Tapi Baca Doa Ini Baru Tepat!
HUKUM TAK TEMAN SUAMI DI MEJA MAKAN
Persoalan ini pernah diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus, sebagaimana dikemukakan oleh seorang individu: “Isteri tidak tunggu di meja makan di meja makan sebab nak baca al-Quran atau beramal,” menimbulkan perbincangan tentang hukum dan adab sebenar dalam Islam.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Menurut UAI, hukum seorang isteri menemani suami di meja makan bukanlah kewajipan, sebaliknya satu amalan sunat yang digalakkan. Jika dapat makan bersama, ia membawa kepada suasana harmoni serta menambah kasih sayang antara pasangan.
“Ia bukan wajib masa suami makan isteri tunggu depannya, ia sunat. Masa suami makan sunat isteri duduk depannya dan teman dia makan.
“Kalau isteri makan bersama lebih baik, tapi suami makan isteri makan. Jangan isteri makan dulu, tinggal tulang sahaja suami pula makan, bukan.
“Tetapi kalau isteri ada kerja khabarkan kepada suami, ‘bang makan seorang ya, saya nak baca Quran sikit sahaja lagi’,” ujarnya di dalam video ceramahnya di YouTube.
Namun, Islam turut menekankan komunikasi dan tolak ansur dalam rumah tangga. Ustaz Azhar menambah, “Suami pula kena faham, ‘sebaik-baik kamu (suami) yang beriman, baik pula dengan isteri dan anaknya’. Jadi, kalau isteri beritahu nak baca Quran, berikan izin kepadanya kerana setiap huruf yang dibaca isteri, suami juga dapat pahala.”
Baca juga: Nampak Macam Ustaz Tapi Rupanya Dukun! Mengelabui Pesakit Dengan Bacaan Bismillah & Selawat Palsu
Daripada penjelasan ini, dapat difahami bahawa keutamaan bukanlah semata-mata pada kehadiran fizikal isteri di meja makan, tetapi pada persefahaman dan saling menghormati antara pasangan. Jika isteri mempunyai amalan ibadah, suami yang redha dan memberi izin akan turut meraih ganjaran pahala.
Kesimpulannya, isu isteri tidak menunggu di meja makan ketika suami makan bukanlah perkara dosa, sebaliknya tergolong dalam adab yang baik jika dilakukan.
Asalkan ada komunikasi jelas, sikap saling memahami, dan niat mencari keredaan Allah, rumah tangga akan kekal bahagia dan penuh rahmat.
Baca juga: Netizen Puji & Sanjung Suami Tikam Skandal Jadi Hero, Tapi Islam Benarkan Ke ‘Honor Killing’ Ini?
Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official
FT Image: Freepik

