Aya Sofya Moehamad Izzat Emir, kanak-kanak berusia empat tahun, kini menjadi tumpuan doa ramai pihak apabila kesihatannya kian merosot akibat kanser saraf (neuroblastoma). Maka disebabkan itu, keluarganya memohon sokongan dan sumbangan bagi membolehkan Aya segera menjalani rawatan penting di China.
“Tempoh berbaki seminggu lagi sebelum ke China rasa begitu lama. Apatah lagi dengan keadaan kesihatan Aya yang semakin merosot secara drastik sejak beberapa hari lalu. Mohon doakan kami,” kata Nurul Nadiah Zakaria.
Baca juga: Majlis Bersanding Berderai Tangisan Sedih, Selepas Dikhabarkan Bapa Pengantin Lelaki Meninggal Dunia
MOHON DOA & SUMBANGAN RAMAI UNTUK AYA SOFYA

Gambar Yusmizal Dolah Aling (Harian Metro): Kesihatan Aya Sofya semakin merosot ketika tarikh untuk berlepas ke China semakin hampir.
Nurul Nadiah, ibu kepada Aya, mengakui hatinya resah menunggu hari penerbangan yang pada awalnya dijadualkan pada hujung bulan telah diawalkan kepada Ahad ini.
Perubahan tarikh itu bertujuan mempercepatkan prosedur rawatan CAR-T Cell yang akan dijalankan di Sun Yat-Sen University Cancer Centre, dengan penempatan di Dongguan Taixin Hospital.
“Saya mohon kepada semua untuk mendoakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan buat Aya. Dua tiga hari ini kesihatannya merosot selepas keluar hospital baru-baru ini.
“Kami sekeluarga serahkan kepada ketentuan Allah SWT. Moga yang baik-baik saja untuk Aya,” katanya.
Baca juga: Abang 15 Tahun Baca Talkin Dengan Suara Tersekat Hiba Untuk Adik Usia 14, Meninggal Dunia Akibat SLE
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan pasangan tersebut berdepan kebuntuan mencari dana RM450,000 bagi menampung kos rawatan dalam tempoh sebulan.
Rawatan ini dilihat sebagai peluang terakhir untuk Aya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak seusianya selepas melalui pelbagai prosedur di Hospital Tunku Azizah sejak tahun 2023.
Namun takdir lebih menguji apabila doktor memaklumkan Aya berada pada status paliatif selepas disahkan relapse Jun lalu. Prognosis perubatan menyatakan anak kecil ini mungkin hanya mampu bertahan sehingga awal tahun depan sekiranya tiada rawatan alternatif dilakukan.
Berita tentang penderitaan Aya menyentuh hati Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) yang tampil menjadi wakil keluarga bagi menguruskan proses rawatan di China.
CCAM turut mengeluarkan wang pendahuluan sebanyak RM60,000 untuk membolehkan rawatan dimulakan serta berurusan terus dengan pihak hospital bagi memastikan segala keperluan dipenuhi.

Saluran sumbangan
Orang ramai yang tersentuh dengan kisah ini boleh menghulurkan sumbangan bagi membantu Aya mendapatkan peluang rawatan yang lebih baik. Sumbangan boleh disalurkan melalui:
- Akaun Hong Leong Bank – 21400086276 (Persatuan Kanser Kanak-Kanak)
- Pautan dalam talian – https://ccaminternational.com/donate/
Setiap sumbangan amat bermakna bagi keluarga kecil ini. Doa dan bantuan anda mampu memberi sinar harapan buat Aya untuk terus berjuang.
Sumber: Harian Metro
FT Image: Harian Metro
