Euforia Bola 2026
40 Minggu

Alif Satar Tersentuh Bangga Isteri Hamil 4 Bulan Berjaya Tamatkan Larian 10KM, Semangat Luar Biasa!

hamil 4 bulan

Penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar, meluahkan rasa kagum terhadap isterinya, Shadila Halid, 41 tahun, yang berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer walaupun sedang hamil 4 bulan.

Menurut Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar, 35 tahun, kejayaan itu bukan sahaja mengejutkannya, malah menjadi sumber inspirasi kerana bukan mudah untuk melakukan aktiviti lasak ketika berbadan dua.

Baca juga: Bertambah Seorang Lagi Umat Rasulullah SAW, Johan Tilawah Al-Quran Farhatul Fairuzah Kini Bergelar Ibu

HAMIL 4 BULAN, ISTERI ALIF SATAR BERJAYA TAMATKAN LARIAN 10KM!

hamil 4 bulan

Foto Alif bersama isteri.

“Keazaman lebih kuat daripada fikiran, dan Shadila membuktikannya dengan larian penuh bergaya. Dia habiskan 10km pertamanya ketika hamil empat bulan. Saya benar-benar terinspirasi. Tahniah, sayang,” tulisnya di Instagram.

Menariknya, Alif mendedahkan Shadila sebenarnya bukanlah peminat aktiviti larian sebelum ini. Justeru, dia sendiri terkejut apabila isterinya secara tiba-tiba mendaftar untuk menyertai sebuah acara larian.

“Daripada dulu saya selalu ajak Shadila berlari atau berlatih bersama, tapi dia tak pernah nak ikut. Tiba-tiba kali ini dia sendiri cakap sudah daftar. Memang mengejutkan,” katanya.

Tambah Alif, Shadila sempat berehat sebulan daripada latihan akibat mengalami morning sickness. Malah, malam sebelum acara berlangsung, dia masih bimbang sama ada isterinya mampu atau tidak untuk menghabiskan larian itu. Namun segala keraguan terjawab apabila Shadila berjaya menamatkan larian dengan penuh semangat dan kekuatan luar biasa.

Tambah Alif, acara larian BOOM RUN kali ini benar-benar meninggalkan momen indah yang penuh inspirasi. Di sebalik lautan peserta, kelihatan ramai individu luar biasa yang mencuri perhatian dengan semangat kental masing-masing.

Ada peserta yang berjaya menamatkan 30 kilometer dengan menggunakan kerusi roda, ada juga yang berlari dengan crutches, malah tidak kurang pasangan ibu bapa yang menolak anak istimewa sepanjang laluan.Lebih mencuit hati, ada peserta yang tampil dengan busana pengantin, menjadikan suasana larian semakin meriah dan unik.

hamil 4 bulan

Untuk rekod, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah (10 tahun), Ariana Mecca (8 tahun) dan Muhammad Ali (6 tahun). Tahniah!

Baca juga: “Bapa Superhero!”- 5 Figura Bapa Anak Ramai Yang Popular Ini Buktikan Keluarga Besar Boleh Cemerlang

Sumber: Instagram @alifsatar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×