Pengalaman koma bukanlah sesuatu yang mudah diceritakan, apatah lagi untuk mereka yang pernah melaluinya. Baru-baru ini, seorang pengguna Threads dengan akaun @yusainiiiiyusoff memulakan sebuah pertanyaan yang menarik perhatian ramai.
“Random tapi saya teringin nak tahu siapa pernah KOMA? Berapa lama? Masa coma itu rasa apa? Ada dengar tak suara keluarga ke jururawat ke? Kongsilah nak tahu,” soalan ini nyata membuka ruang untuk orang ramai berkongsi pengalaman peribadi yang penuh emosi dan mendalam.
PENGALAMAN KOMA PERKONGSIAN NETIZEN

Seorang pengguna media sosial dengan nama akaun itsmenzwnmhd berkongsi:
“9 hari koma dalam ICU due to cardiomyopathy. 2 kali jantung berhenti. Jumpa arwah abang, dia bawa ke zaman kanak-kanak kami yang aku dah tak ingat. Main-main dekat depan rumah lama kami, masuk kebun.
“Literally it felt so real sehingga arwah ajak pergi satu tempat tapi saya tak nak ikut. Arwah asyik ajak siap hulur tangan berkali-kali dan tiba-tiba dengar suara mak menangis sayup.
“Arwah senyum, arwah pesan jaga mak elok. Masa betul-betul sedar, saya lalui hilang ingatan jangka pendek sebab memori macam sangkut di zaman kanak-kanak, kenal muka mak saja. Kisah saya tahun 2010.”
Akaun fliyanasazmi pula menulis:
“2 bulan yang masih saya ingat. Ada satu cahaya, ada seorang lelaki pakai pakaian ihram ajak ikut pergi cahaya itu. Satu lagi kumpulan budak tahfiz tengah mengaji.
“Dilema nak ikut yang lelaki atau duduk dengan budak tahfiz. Akhir sekali, saya pilih duduk dengan budak tahfiz. Tiba-tiba terjaga dari koma tengok ramai disekeliling tengah bacakan Yassin.”

Gambar hiasan: traditionshealth
Manakala pengalaman fatinnabellaishak agak berbeza:
“6 hari ditidurkan, intubate stage 5 covid, tak pergi mana pun, merayau dalam hospital saja. Masa itu ramai minta tolong, tapi tak tahu nak tolong macam mana.
“Tiba-tiba lalu tempat hospital terbakar, sampai sekarang terngiang-ngiang orang minta tolong. Buka mata je tengok tingkap, ada jet lalu nak buat show di Putrajaya, rupanya hari merdeka 31 Ogos 2021.
“Lepas itu menginap lagi dalam ICU 3 hari, katil sebelah pakcik itu meninggal jam 3 pagi, masuk pula wad biasa, pun katil sebelah ahso Chinese meninggal. Trauma 2 kali katil sebelah meninggal.”
Seorang lagi pengguna, jcsayangg, berkongsi cerita bapanya:
“Ayah saya pernah koma 2 minggu sebab asma. Dia cakap dia macam tidur dan tengah bermimpi. Lepas itu dia cerita mimpi berjalan pergi seberang sungai, jumpa orang yang dia tak nampak muka.
“Kemudian ‘orang’ itu belek-belek buku macam mencari nama, dia cakap dengan ayah aku, ‘belum ada namamu, balik dulu kau.’
“Dan seterusnya, ayah cakap dia dengar suaraku bisik padanya seperti ‘daddy, bangunlah.’ Terus dalam begitu dia bangun. Masa itu aku baru 2 tahun.”
Setiap pengalaman koma yang dikongsi membuka mata betapa tipisnya garis antara hidup dan mati.
Ada yang sudah hampir melangkah, namun kembali kerana ada suara yang memanggil. Ada yang ‘ditolak’ dari sempadan kerana namanya belum tertulis.
Kisah-kisah ini membuatkan kita sedar, hidup adalah pinjaman sementara dan cinta insan tersayang sering kali menjadi sebab untuk kita terus bernafas.
Baca juga: Bayi 7 Bulan Derita Gagal Fungsi Hati, Kini Perlu Sumbangan Ramai Untuk Jalani Pembedahan!
Sumber: Threads @yusainiiiiyusoff
FT Image: Grunge / SAKRA World Hospital
