Selepas hampir setahun lalu namanya hangat diperkatakan akibat menjadi mangsa serangan asid, kini pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, sekali lagi menjadi perhatian.
Kali ini pula apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadapnya.
Baca juga: Betul Ke Tahan Kencing (Peegasm) Sebelum Bersama Suami Boleh Bagi ‘Rasa’ Lain? Ramai Cakap Best…
ISTERI FAISAL HALIM FAIL PERMOHONAN CERAI

Faisal Halim bersama anaknya.
Dalam laporan terbaharu, hasil semakan di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, mendapati pasangan itu tersenarai dalam jadual kes harian pada Selasa. Difahamkan, sebutan kes berkenaan berlangsung pada jam 2.30 petang di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.
Perkembangan ini hadir selepas beberapa bulan Faisal kembali pulih daripada insiden tragis simbahan asid pada Mei 2024, yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan teruk dan memerlukan rawatan intensif serta beberapa siri pembedahan. Ketika itu, isterinya dilihat setia menemani dan memberi sokongan penuh sepanjang proses pemulihan.
Untuk rekod, Faisal atau mesra digelar Mickey telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkongsian hidup selama enam tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Faisal, yang juga tonggak utama skuad kebangsaan Harimau Malaya, kini dalam proses membina semula kerjayanya selepas kejadian hitam tersebut. Namun, berita mengenai keretakan rumah tangganya pastinya menambah lagi ujian besar dalam kehidupan peribadinya.

*Semoga dipermudahkan segalanya…
Baca juga: Dah Bosan Panggil Suami ‘Sayang’? Ini Nama Panggilan Manja Dalam 10 Bahasa Bikin Hati Cair!
Sumber: Mstar
