Euforia Bola 2026
Rakyat

Bukan Sekadar Perarakan! Ini 7 Acara Menarik Di Lembah Klang Pada Malam 29-31 Ogos, Jom Memeriahkan

acara menarik

Acara menarik sempena bulan kemerdekaan pastinya menjadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi dengan perarakan rasmi pada 31 Ogos ini. Orang ramai sudah tentu tidak sabar menantikan pelbagai persembahan istimewa termasuk penampilan pasukan unit K-9 yang setiap tahun mencuri perhatian.

Selain sambutan utama di Putrajaya, masyarakat di sekitar Lembah Klang juga boleh memilih untuk menyertai pelbagai program lain yang tidak kurang meriahnya. Acara-acara ini dianjurkan di lokasi-lokasi ikonik bagi memeriahkan lagi suasana bulan Ogos penuh patriotik.

Baca juga: Malaysia No. 3 Ramai Bujang Di Asia Tenggara, Betul Ke Tak Nak Kahwin Ni?

8 ACARA MENARIK DI LEMBAH KLANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

acara menarik

Antara program yang bakal berlangsung ialah Sambutan Malam Merdeka di Menara KL, yang menjanjikan persembahan cahaya memukau di tengah ibu kota. Tidak ketinggalan, Riuh Merdeka menampilkan elemen seni, budaya dan hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.

acara menarik

Bagi pencinta makanan pula, Rasa Sayang Malaysia membawa cita rasa tempatan dengan suasana santai penuh warna-warni. Jika mahukan pengalaman berbeza, acara Check-In Merdeka memberi peluang kepada pengunjung untuk menyemarakkan semangat patriotik sambil bergambar di lokasi-lokasi khas.

ambang merdeka

Sementara itu, Merdeka KLCC dan Truly Malaysian turut menawarkan pelbagai persembahan istimewa di pusat tumpuan pelancong, menjadikan Kuala Lumpur benar-benar hidup sepanjang bulan kemerdekaan.

ambang merdeka

Bagi mereka yang berada di Shah Alam, Sambutan Merdeka di i-City pula bakal memberi pengalaman berbeza dengan pencahayaan LED yang penuh simbolik.

Dengan pilihan aktiviti yang pelbagai, orang ramai boleh memilih acara kegemaran mereka mengikut minat dan lokasi.

Jadi, jom ramai-ramai turun padang dan memeriahkan bulan kemerdekaan kali ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Merdeka bukan sahaja tentang perarakan, tetapi juga semangat kebersamaan yang kita raikan setiap tahun!

Baca juga: Rakyat ‘Bising’ Jalan Sesak Teruk Sempena Lawatan Presiden China, Bekas Pegawai Polis Kongsi Sebabnya!

Sumber: The Rakyat Post

FT Image: The Rakyat Post / Raihana Mansor (Harian Metro)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×