Euforia Bola 2026
Famili

Dah 9 Tahun Janji Nak Kahwin Tapi Hanya ‘Palsu’, Wanita Ini Tuntut Rugi Sebanyak RM259,000!

TUNTUT GANTI RUGI

Ibu kepada seorang anak, dikenali sebagai Nur, 41, tampil tuntut ganti rugi sebanyak RM259,000 kerana mendakwa dikhianati janji oleh seorang lelaki dikenali sebagai R (44), penduduk Desa Kaliputih, Kecamatan Purwojati, Banyumas.

Menurut Nur, lelaki tersebut telah berulang kali berjanji untuk mengahwininya sejak sembilan tahun lalu, namun sehingga kini janji itu tidak ditunaikan.

Baca juga: Pelajar Tingkatan 3 Jatuh Dari Asrama, Polis Panggil Kakitangan Sekolah Bantu Siasatan

MUNGKIR JANJI TAK KAHWIN, WANITA  TUNTUT GANTI RUGI SEBANYAK RM259,000

TUNTUT GANTI RUGI

Malah, sepanjang tempoh hubungan mereka, Nur mendakwa bahawa dirinya yang banyak menanggung kos sara hidup lelaki berkenaan.

“Sejak awal, dia berjanji akan mengahwini saya, tapi sampai sekarang janji itu tidak pernah ditepati. Saya sudah ada anak, tapi tetap ditinggalkan,” kata Nur.

Difahamkan, lelaki berinisial R merupakan kakitangan sambilan di Pejabat Pentadbiran Pusat Universiti Jenderal Soedirman (Unsoed) Purwokerto.

Nur berkata, R sering memberi jaminan untuk berkahwin dengannya, namun itu hanya sekadar janji kosong yang masih tidak ditepati sehingga kini.

Peguam mewakili Nur dari Klinik Guaman Peradi SAI, H Djoko Susanto SH, menyifatkan kes ini sebagai satu bentuk wanprestasi atau ingkar janji.

Menurutnya, tindakan undang-undang sedang disusun bagi membawa kes ini ke Mahkamah Negeri Banyumas dan meminta bayaran sebanyak RM259,000 untuk ganti rugi.

“Kami akan menuntut ganti rugi material sebanyak Rp1 bilion (anggaran RM300,000). Tuntutan ini merangkumi kos sara hidup klien kami dan anaknya, termasuk keperluan pendidikan anak tersebut pada masa akan datang,” jelas Djoko.

Menurutnya, tuntutan ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan keadilan buat anak guamnya, tetapi juga sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak mempermainkan janji perkahwinan.

Baca juga: 14,500 Ruang Parking Disediakan Untuk Orang Ramai Sambut Merdeka 2025, Tak Payah Risau!

Sumber: KR Jogja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×