Euforia Bola 2026
Inspirasi

[VIDEO] Baru Darjah 2 Tapi Jurus Tari Bagaikan Pendekar, Adrean Dinobatkan Johan Acara Silat!

acara silat

Acara silat semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun, Adrean Mohd Safzan Akhtar, berjaya membuktikan bahawa seni warisan bangsa ini masih hidup subur dalam jiwa anak-anak Malaysia.

Adrean berusia 8 tahun berjaya meraih gelaran johan pada Pertandingan Persembahan Perguruan Silat anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Sabtu lalu.

Baca juga: Anak Pedalaman Sabah Cipta Sejarah Luar Biasa, Wakili Suara 2 Juta Pelajar Dunia Di Pentas Antarabangsa!

MURID DARJAH 2 JOHAN ACARA SILAT!

acara silat

Gambar oleh Terengganu Voice

Adrean berjaya mengungguli kategori solo remaja bawah 13 tahun, sekali gus membuktikan bakatnya seawal usia muda.

Rakaman persembahan yang dikongsi oleh Terengganu Voice di Facebook memperlihatkan ketenangan serta keyakinan dirinya ketika berada di atas pentas, meskipun tubuhnya kecil berbanding peserta lain.

Lengkap dengan busana silat serba hitam bercorak keemasan serta tanjak di kepala, penampilannya menyerlahkan aura seorang pendekar kecil yang memikat perhatian penonton.

Baca juga: Sekolah Seri Puteri Cipta Kegemilangan Di Pentas Antarabangsa, Juara Festival Orkestra Dunia!

Kejayaan dikecapi tersebut telah menuai pujian daripada warga maya yang rata-rata mereka menzahirkan ucapan tahniah kepada kanak-kanak terlibat.

“Inilah perlu diterapkan dalam diri anak muda supaya budaya bangsa terus dijunjung. Syabas!” kata Yusran Hashim.

“Naik pula bulu roma aku ni, terpukau. Terbaik la dik, moga terus berjaya dunia dan akhirat,” komen Salahuddin Al-ayyubi.

“Gaya bunga orang lama-lama, thumbs up dik!” ujar Ammar Yaser Alimin.

“Lembut gemalai dan sharp uiiiii. Hebat ibu bapa kamu. Dan semestinya kamu nakkk. Hebat!” komen Fadhilah Zahiyah.

“Semoga semua sekolah perkasakan silat agar anak-anak mewarisi dan menghidupkan warisan budaya bangsa ini,” tulis Roseanne Hudson.

“Alhamdulillah, tahniah pendekar cilik,” tulis pula Nizam Gemas ringkas.

Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada kedua ibu bapak kanak-kanak berkenaan atas usaha mereka memperkenalkan seni silat kepada beliau.

“Tahniah adik dan ibu bapanya. Pandai asuh bakat anak jadi pesilat berkualiti,” ujar Salamah Muhammed.

“Tahniah kepada ibu bapa kepada adik ini menerapkan silat pada adik. Silat adalah seni pertahanan warisan melayu,” Faridah Abdul Rahim.

Kejayaan Adrean ini bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi juga simbol bahawa warisan silat masih relevan, mampu membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri anak bangsa.

Dengan sokongan keluarga serta masyarakat, pendekar cilik ini menjadi inspirasi agar seni silat terus diwarisi dan dimartabatkan oleh generasi akan datang.

Baca juga: Impian Pemuda Nak Jejak Masjid Kristal Tercapai, Walaupun Berjahit 11 Luka Akibat Kemalangan

Sumber: Terengganu Voice

FT Image: Terengganu Voice

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×