Euforia Bola 2026
Kini Trending

Coway Air Matching Filter Programme: Udara Rumah Lebih Segar, Keluarga Pun Lebih Sihat

Udara yang bersih sebenarnya sama penting dengan makanan sihat dan air yang kita minum setiap hari. Cuma, ramai antara kita kurang ambil peduli tentang kualiti udara dalam rumah sendiri.

Hakikatnya, udara tercemar boleh jadi punca pelbagai masalah seperti alahan ringan hinggalah gangguan pernafasan yang lebih serius.

Bila rumah dipenuhi habuk halus, bau masakan yang melekat atau bulu haiwan peliharaan, keselesaan keluarga pun akan terganggu. Sebab tu penting untuk ada solusi yang betul bagi memastikan udara sentiasa segar dan sihat.

Coway faham – setiap rumah ada masalah udara yang berbeza

Sebab tu Coway perkenalkan Air Matching Filter Programme, iaitu program khas yang bagi pengguna kebebasan pilih penapis udara mengikut keperluan masing-masing.

Lagi best, Air Matching Filter Programme ni serasi dengan penulen udara Coway lain macam Storm II, Lombok III dan juga yang paling baru Noble 2.

Sebab tak semua rumah sama, ada yang struggle dengan bau dapur, ada yang pening kepala sebab bulu kucing dan ada juga yang nak elak habuk halus yang susah nampak dengan mata kasar.

6 pilihan penapis khas ikut gaya hidup korang

Melalui program ni, anda boleh pilih penapis yang paling sesuai dengan situasi rumah:

    • Pet Filter – khas untuk yang ada kucing/anjing, tapis bulu & bau haiwan.
    • Kitchen Filter – hilangkan bau masakan yang melekat lama.
    • Allergen Filter – kurangkan alahan & bersin-bersin.
    • Fine Dust Filter – tapis habuk halus yang tak nampak dengan mata kasar.
    • Smoke Filter – sesuai kalau ada perokok dalam rumah.
    • Fresh Home Filter – kekalkan udara segar & nyaman.

Kenapa berbaloi pilih Coway Air Matching Filter Programme?

    • Ikut keperluan rumah – tak perlu risau sebab penapis disesuaikan dengan masalah yang anda hadapi.
    • Mudah & automatik – filter akan ditukar mengikut jadual servis. Anda tak perlu buat apa-apa, semua Coway uruskan.
    • Lindungi kesihatan keluarga – udara lebih bersih bermakna risiko batuk, resdung dan alahan pun berkurang.
    • Rumah lebih selesa – udara segar, bebas bau hapak, habuk dan bulu haiwan.

Udara bersih bermakna hidup lebih sihat

Kita selalu titikberatkan makanan sihat dan air bersih, tapi kadang-kadang terlupa yang udara juga memainkan peranan besar untuk kesihatan. Bila udara dalam rumah bersih, barulah keluarga lebih selesa, anak-anak pun bebas bermain tanpa risau dengan alahan.

Itulah sebabnya Coway hadir dengan Noble 2, air purifier premium yang dipadankan dengan Air Matching Filter Programme. Dari rumah kecil hingga besar, dengan atau tanpa haiwan peliharaan, Noble 2 pastikan udara lebih bersih dan sesuai dengan gaya hidup keluarga tersayang.

Coway RUN 2025 Berlangsung Meriah – Ada Aktivasi untuk Air Matching Filter Programme 

Waktu sambutan Merdeka baru-baru ini, Coway baru sahaja menutup tirai Coway Run di Stadium Nasional Bukit Jalil. Acara tahun ini memang meriah habis, lebih-lebih lagi dengan adanya mini aktivasi khas untuk Air Matching Filter Programme yang membolehkan orang ramai mencuba sendiri pengalaman udara bersih Coway.

Menariknya, tahun depan Coway Run bakal mencecah edisi ke-10! Confirm lagi best dan dinanti-nantikan oleh semua peminat gaya hidup sihat.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang program ni, boleh layari www.coway.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×