Kulit hitam yang muncul pada wajah dan badan ketika hamil sering disalah anggap sebagai daki. Ramai ibu cuba menyental sehingga sakit kerana percaya ia boleh hilang, tetapi hakikatnya ia adalah keadaan yang dikenali sebagai melasma.
Menurut perkongsian Profesor Dr. Imelda Balchin, yang sering berkongsi ilmu kehamilan di Facebook, melasma dialami oleh 15 hingga 50 peratus wanita hamil. Ia bukan kotoran, sebaliknya terjadi akibat perubahan hormon yang meningkatkan penghasilan pigmen pada kulit.
Baca juga: 31 Tahun Dibekukan, Bayi Lelaki Hasil Embrio Akhirnya Hidup Di Dunia Nyata Pada Julai Lalu!
KULIT HITAM MASA HAMIL, INGATKAN DAKI RUPANYA MELASMA

Gambar oleh Dr. Imelda Balchin
Kebiasaannya, melasma muncul di bahagian yang terdedah pada cahaya matahari seperti dahi, pipi, hidung, bibir atas dan leher. Namun ada juga yang mengalaminya di bawah ketiak atau abdomen.
Dr. Imelda menekankan agar ibu tidak panik, tidak menyalahkan makanan dan lebih penting ialah tidak merosakkan kulit dengan produk atau scrub yang tidak perlu.
Baca juga: Dr. Amalina Tegaskan Tiada Bukti Saintifik Air Sejuk Bahayakan Ibu Lepas Bersalin
Ada pesakit ibu hamil tanya saya,
“Doktor kenapa sejak mengandung kulit saya jadi hitam, saya scrub sampai sakit tapi tak putih-putih juga, kenapa banyak sangat daki bila mengandung?”
Laaaaa ini bukan daki, ini kita panggil MELASMA. Seramai 15 hingga 50% wanita hamil boleh dapat Melasma. Melasma itu bukan daki!
Melasma itu pigmen warna yang lebih banyak di bawah kulit, sebab hormon kehamilan boleh menambahkan lagi sel pigmen warna di bawah kulit, terutama di bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari.
Antaranya di dahi, hidung, pipi, atas bibir atau leher. Kadang-kadang ia bertompok-tompok.
Ada yang warna cokelat, ada yang warna kuning, ada yang warna hitam, ada yang warna kelabu, ada yang warna biru. Melasma itu boleh juga didapati di bawah ketiak dan bahagian abdomen.
Selepas bersalin, tunggu beberapa bulan saja, hilanglah dia dengan sendiri. Chill dan tenang ya ibu-ibu. Bukan daki tau, tak payah scrub.
Dan…jangan tuduh makanan.
Semoga anda semua dapat lebih ilmu pengetahuan dan tidak memudaratkan diri sendiri dengan pelbagai produk yang anda tidak perlu.
You are all beautiful mummies. Jangan bimbang tentang Melasma. Sekian, terima kasih. Salam sayang dari Dr Imelda.
Baca juga: 1 Bahan Yang Ada Dalam ‘Skincare’ Ini Punca Bayi Lahir Cacat, Ibu Hamil Wajib Tahu!
Sumber: Imelda Balchin
FT Image: AI / Imelda Balchin
