Euforia Bola 2026
Nur

Ramai Sokong Lelaki Tikam Skandal Isterinya, Peguam Kongsi Ada Cerai Li’an Jalan Sah Untuk Suami Pertahan Maruah!

cerai li'an

Cerai li’an merupakan mekanisme syarie yang jarang diketahui ramai, tetapi sangat penting dalam kes rumah tangga yang melibatkan tuduhan zina atau penafian nasab anak.

Menurut perkongsian Peguam Syarie, Syuhada Mzul, cerai li’an memberi ruang pembelaan maruah kepada suami yang berdepan isteri curang atau keraguan terhadap kandungan, tanpa perlu mengambil jalan sendiri yang menyalahi undang-undang.

Baca juga: Ustaz Cakap Sebaik-Baiknya Biar Isteri Mati Terlebih Dahulu Sebelum Suami, Sebabnya…

CERAI LI’AN ALTERNATIF SUAMI BERDEPAN ISTERI CURANG

cerai li'an

Gambar:Syuhada Mzul

“Sedih saya baca tulisan-tulisan pempengaruh dan netizen yang support brutality bagi kes suami tikam skandal. Niat saya berkongsi tulisan ini hanya mahu memberitahu ruang pembelaan untuk suami-suami yang sedang atau bakal melalui situasi yang sama dengan pesalah,” jelasnya di hantaran tersebut.

Apa itu Li’an?

  • Li‘ān ialah sumpah laknat yang dilakukan antara suami isteri.
  • Digunakan apabila suami menuduh isteri berzina atau menafikan anak dalam kandungan, tetapi tidak mempunyai 4 orang saksi.
  • Selepas lafaz li‘ān, perceraian berlaku secara automatik dan pasangan tidak boleh rujuk semula selama-lamanya (mufaraqah bain kubra).

Prosedur permohonan Li’an

  1. Suami failkan permohonan li‘ān di Mahkamah Syariah dengan menyatakan sebab menuduh isteri berzina atau mahu menafikan anak bukan daripada suami.
  2. Mahkamah akan memanggil isteri hadir.
  3. Kedua-dua pihak akan bersumpah:
  • Suami: 4 kali sumpah benar “Demi Allah, sesungguhnya aku benar (isteri berzina / anak bukan daripada aku)”, kali ke-5 “Laknat Allah ke atasku jika aku berdusta.”
  • Isteri (untuk menafikan): 4 kali sumpah suami berdusta, kali ke-5 mohon laknat jika dirinya benar-benar salah.

Pasca keputusan mahkamah

  1. Perkahwinan terbubar serta-merta (fasakh bain kubra).
  2. Anak dalam kandungan/anak yang lahir selepas li‘ān tidak boleh dinasabkan kepada suami.

Baca juga: Hukum Makan Di Restoran Guna Wine Dalam Masakan, Ini Penjelasan Fatwa Malaysia!

Bila sesuai guna Li’an?

  1. Apabila suami yakin isteri berzina tetapi tiada 4 saksi.
  2. Untuk menafikan nasab anak yang dikandung isteri, jika diyakini bukan daripada hubungan dengan suami.
  3. Jika sekadar isteri curang dalam bentuk mesej atau keluar dengan lelaki lain, cukuplah dengan tuntutan cerai biasa atau nusyuz.
  4. Nusyuz jika berjaya disabitkan, hak nafkah isteri akan gugur tetapi nafkah anak (yang diragui) itu tetap menjadi kewajipan.
  5. Kedua-dua kes ini ada merit untuk mahkamah nilai kelayakan ibu sebagai penjaga sekiranya si ayah tuntut hak jagaan anak-anak sedia ada.

Kesan besar Li’an

  1. Suami isteri terpisah selamanya dan tidak boleh rujuk.
  2. Anak yang dinafikan tidak ada hubungan nasab, pusaka, nafkah dengan suami.
  3. Namun, anak tetap sah dari sudut syarak dan berhak kepada ibu.

Rujukan kes

Dalam kes SMY lwn MS [2019] 3 SHLR 84, mahkamah membenarkan suami melakukan sumpah li’an untuk menafikan nasab anak berdasarkan ujian DNA serta pengakuan isteri yang berlaku curang. Anak tersebut disabitkan sebagai anak tidak sah taraf dan tidak dinasabkan kepada plaintif (suami).

Kesimpulan

Cerai li’an adalah mekanisme undang-undang syariah yang memberi ruang suami mempertahankan maruah tanpa mengambil tindakan jenayah. Zina adalah dosa besar, namun membalas dengan pembunuhan juga sama besarnya.

Islam telah menyediakan jalan hukum yang jelas untuk melindungi semua pihak. Apa yang penting, kita mengambil iktibar bahawa setiap ujian rumah tangga perlu dihadapi dengan sabar dan berpandukan hukum Allah, bukan emosi semata.

Baca juga: Boleh Ke Berak Kencing Menghadap Kiblat? Tak Sangka Boleh Jadi Haram JIKA Dalam Situasi Ini!

Sumber: Syuhada Mzul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×