Euforia Bola 2026
Famili

Anak Erra Fazira Raih Keputusan Cemerlang IGCSE, Engku Aleesya Pilih Sambung A-Level

anak erra fazira

Anak Erra Fazira, Engku Aleesya, mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Erra menerusi Instagram, lengkap dengan video yang memaparkan detik manis bersama puteri tunggalnya itu.

Baca juga: 22 Juta Pemegang MyKad Boleh Mula Semak Kelayakan SARA Bermula Hari Ini (21 Ogos)

ANAK ERRA FAZIRA, ENGKU ALEESYA CEMERLANG IGCSE, AKAN SAMBUNG A-LEVEL

ANAK ERRA FAZIRA

Dalam kapsyen, Erra meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap usaha gigih Aleesya sepanjang tempoh pembelajaran.

“Alhamdulillah, syukur. One of my most unforgettable moments. I just want to say that I’m proud of you, anak,” luahnya.

Primadona filem Melayu itu turut merakamkan penghargaan kepada para guru serta keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan kejayaan Aleesya.

“Terima kasih kepada semua guru yang telah membantu anak saya berjaya dengan cemerlang. Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa mendoakan kejayaannya,” jelasnya.

Selain itu, Erra turut memaklumkan bahawa Aleesya akan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif, termasuk ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang turut bangga dengan pencapaian Aleesya.

Sebelum ini, Erra pernah mendedahkan bahawa Aleesya tidak memiliki media sosial sendiri sehingga tahun ini, demi memastikan dia membesar dalam suasana yang lebih tenang dan bersederhana, jauh daripada sorotan dunia hiburan.

Untuk makluman, IGCSE merupakan sistem peperiksaan antarabangsa yang dikendalikan oleh beberapa badan utama seperti Cambridge International Examinations, Edexcel, dan OxfordAQA. Sijil ini diiktiraf di seluruh dunia dan setaraf dengan SPM dalam konteks Malaysia.

Baca juga: Dari Pewaris Ke Pemimpin, Ini 10 Wanita Paling Kaya Di Malaysia & ‘Kuasai’ Dunia!

Sumber: Instagram Erra Fazira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×