Lelaki mengesot di sebuah bank di Kelantan meruntun hati warga maya selepas video dirinya bersama dua anak kecil tular di TikTok. Rakaman itu memperlihatkan seorang bapa yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa mengesot kakinya untuk menuruni tangga, ditemani anak-anak kecil yang setia di sisi.
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @nninieeee, menjelaskan kejadian itu berlaku di sebuah cawangan Bank Islam. Difahamkan, lelaki tersebut cuba mengeluarkan wang tunai namun usahanya tidak berjaya.
KISAH LELAKI MENGESOT HAMPA TIADA DUIT DI BANK

TikTok @nninieeee
“Tadi on the way balik kelas, jumpa pakcik ini dekat area Bank Islam KK. Dalam bank itu, banyak kali dia cuba untuk keluarkan duit…tapi apakan daya duit tak keluar mungkin bank pakcik itu ada masalah,” tulis pemilik akaun di kapsyen.
Ketika ditanya seorang wanita yang berada di lokasi, lelaki itu sempat meluahkan isi hatinya dengan penuh rasa sebak.
“Ada seorang makcik ini tegur dia, “Nak ambil duit ke?”. Kemudian pakcik itu pun jawab, ‘Ya kak, susah ye kak nak boleh besarkan anak. Dalam keadaan begini pun saya kena teruskan demi anak,'” jelasnya pula.
Menurut pemilik video, situasi itu sungguh menyentuh hati, apatah lagi melihat wajah dua anak kecil yang turut menemani ayah mereka keluar dari bank dengan tangan kosong.
“Meratapi muka dua orang anaknya, nampak sedih sebab si ayah keluar bank dengan tangan kosong. Dan masa ini tengah tengok, kuatkan seorang ayah?
Mencari duit untuk kegunaan mereka. Walaupun si ayah dalam keadaan macam tu. Semoga Allah mempermudahkan urusan pakcik ini,” luahnya lagi.
Baca juga: “Saya Maafkan Mereka…” Gelandangan Dedah Apa Sebenarnya Berlaku, Saat Terima Nasi Tulang Ayam
Warga maya tersentuh, ramai mahu bantu

TikTok @nninieeee
Selepas identiti lelaki itu dikenal pasti, difahamkan namanya ialah Muhammad Hafidz Abdul Rahman, seorang peniaga kecil yang sebelum ini pernah tular kerana memohon ruang berniaga keropok lekor di Mydin Kubang Kerian.
Susulan kisah terbaharu ini, ramai warga maya meluahkan rasa simpati dan berhasrat menghulurkan bantuan agar beban yang ditanggung Hafidz sekeluarga sedikit teringankan.
Bagi yang ingin membantu, maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi akaun TikTok @nninieeee.
Sumber: TikTok @nninieeee / Lobak Merah
FT Image: TikTok @nninieeee
