Euforia Bola 2026
Sihat

Lapar Itu Ubat, Bukan ‘Musuh’! Boleh Matikan Sel Kanser & Kekal Muda Bila Amalkan Selalu

perut lapar

Ramai antara kita menganggap perut lapar itu sesuatu yang perlu dielakkan. Bila perut mula berbunyi, pasti akan segera mencari makanan kerana bimbang badan ‘rosak’ kalau dibiarkan.

Namun tahukah anda, lapar yang dikawal sebenarnya boleh menjadi ubat semula jadi yang sangat berkuasa untuk menyembuhkan tubuh?

Baca juga: Air Asam Kunyit Homemade Ini Jadi Penawar Badan Letih & Lesu, Sekali Minum Terus Lega!

BILA PERUT LAPAR, BUKAN MUSUH TAPI TENGAH ‘BAGI UBAT’

PERUT LAPAR

Freepik

Apabila anda berpuasa, tubuh akan memasuki satu proses luar biasa yang dikenali sebagai autophagy. Ia adalah proses semula jadi di mana sel-sel badan ‘memakan’ dan menghapuskan sel yang rosak, sel pra-kanser, protein tidak berguna, dan sel-sel tua yang sudah tidak berfungsi.

Fenomena ini bukan sekadar teori, ia terbukti melalui kajian oleh Dr. Yoshinori Ohsumi, seorang saintis Jepun yang menerima Hadiah Nobel Perubatan 2016 kerana penemuan beliau mengenai autophagy.

Bila berpuasa 12 jam tanpa makanan, tubuh masuk ke mod ‘survival’ dan akan berhenti bergantung kepada glukosa dan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Sekiranya berpuasa selama 16 jam, ini adalah saat paling kritikal di mana tubuh:

  • Menyahtoksin logam berat
  • Menghapuskan sel rosak
  • Membuang ‘sampah’ selular dalam badan

Hasil berpuasa itu akan membuatkan:

  • Sistem imun diperbaharui
  • Radang dalam badan berkurangan
  • Hormon pertumbuhan meningkat
  • Sel stem mula menjana sel baru

Proses ini boleh diibaratkan seperti reset semula tubuh secara semula jadi, tanpa ubat mahal atau rawatan rumit.

PERUT LAPAR

Freepik

Cara aktifkan autophagy dengan selamat

1. Cuba puasa 16:8

Berpuasa selama 16 jam, makan dalam tempoh 8 jam sahaja setiap hari.

2. Sekali-sekala cuba puasa 24–48 jam

Hanya jika anda sihat dan dengan nasihat profesional kesihatan.

3. Minum air secukupnya

Elakkan dehidrasi dan jangan ambil minuman manis semasa puasa.

4. Sokong dengan gaya hidup sihat

Amalkan senaman ringan, kurangkan karbohidrat, dan pilih makanan kaya antioksidan.

5. Dengar isyarat tubuh

Jika rasa pening, terlalu lemah atau tidak selesa, berhenti dan rehat.

Lapar bukan tanda penderitaan, tetapi tanda bahawa tubuh sedang bekerja keras memperbaiki dirinya. Dalam dunia moden yang penuh makanan segera dan tabiat makan berlebihan, kadang-kadang yang kita perlukan hanyalah ruang untuk tubuh ‘bersih’ dari dalam.

Baca juga: Makan Sihat Tapi Tetap Kena Kanser Usus, Wanita 29 Tahun Akui ‘Burnout’ Punca Sebenar!

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×