Pokok fiddle fig memang terkenal sebagai tanaman hiasan dalam rumah yang elegan dan menarik perhatian. Namun tak semua orang tahu cara untuk menjadikannya lebih rimbun dan bercabang cantik.
Kalau anda peminat pokok fiddle fig, memang kena cuba satu langkah mudah ini untuk membuatkan pokok tumbuh lebih subur dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Baca juga: Tak Sangka Boleh Servis Aircond Rumah Guna Remote Je, Jimat Duit Tak Payah Panggil Orang!
CARA RIMBUNKAN POKOK FIDDLE FIG SEMUDAH ABC

Kali ini saya nak kongsikan sedikit tip ringkas tapi sangat berkesan untuk merimbunkan pokok fiddle leaf fig (atau lebih dikenali sebagai fiddle fig). Ramai juga yang pernah tanya macam mana nak bagi pokok ini nampak lebih subur dan bercabang-cabang.
Sebenarnya, caranya sangat mudah, tak perlu pun baja mahal atau teknik rumit.
1. Potong bahagian atas batang
Langkah utama untuk merimbunkan pokok fiddle fig adalah dengan memotong bahagian atas batang utama. Jangan risau, bila potong bahagian atas ini, pokok akan keluarkan cabang baru di bawah potongan tersebut.
Biasanya, daripada satu batang, nanti akan keluar 3 hingga 4 cabang baru dan inilah yang menjadikan pokok lebih rimbun serta cantik.
2. Potong di bahagian internode

Kalau nak hasil yang lebih kemas dan berkesan, pastikan anda potong di bahagian internode iaitu bahagian antara dua ruas daun. Potongan di sini membantu pertumbuhan tunas baru dengan lebih cepat dan tersusun.
3. Propagate keratan batang
Jangan buang pula keratan batang yang dah dipotong tadi! Anda boleh terus:
- Rendam dalam air untuk rooting (propagate) atau
- Tanam terus dalam tanah lembap
Kedua-dua kaedah ini berkesan untuk membiakkan pokok baru daripada keratan yang sama.
Tip tambahan:
1. Gunakan gunting atau pisau yang bersih dan tajam untuk elakkan jangkitan pada batang.
2. Letakkan pokok di tempat yang cukup cahaya semula jadi (indirect sunlight) supaya pertumbuhan cabang lebih cepat.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ibu Buntu Baju Sekolah Anak Cepat Lebam, Rupanya Ini 8 Rahsia Putihkan Semula Macam Baru!
Sumber: Facebook
