Euforia Bola 2026
Sihat

Doktor Temui 2kg Gumpalan Rambut Dalam Perut Remaja, Rupanya Dah 6 Bulan Tak Period!

GUMPALAN RAMBUT

Seorang remaja perempuan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang gumpalan rambut seberat 2 kilogram dari perutnya selepas mengalami ketagihan mencabut dan memakan rambut sendiri selama enam tahun.

Pada bulan Julai, remaja berusia 15 tahun yang dikenali dengan nama samaran Nini dari wilayah Henan, dibawa oleh ibunya ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan di wilayah Hubei selepas mengadu sakit perut yang teruk.

Baca juga: Minum Kopi Waktu Pagi Sebenarnya ‘Sabotaj’ Kesihatan, Bukan Penyelamat Hilangkan Ngantuk?

6 BULAN TAK PERIOD, RUPANYA ADA 2KG GUMPALAN RAMBUT DALAM PERUT

GUMPALAN RAMBUT

Menurut laporan Hubei Daily, Nini berada dalam keadaan sangat kurus, dengan berat hanya 35 kilogram selain dia juga difahamkan tidak datang haid selama enam bulan.

Si ibu memberitahu doktor bahawa anaknya telah memakan rambut sendiri sejak enam tahun lalu. Keadaan ini menyebabkan Nini mengalami sakit perut yang serius dan tidak mampu makan.

Pemeriksaan mendapati Nini juga mengalami masalah anemia teruk. Doktor kemudian menemui gumpalan besar dalam perutnya yang terdiri daripada rambut dan sisa makanan. Gumpalan ini memenuhi hampir keseluruhan ruang perut dan dikenal pasti sebagai punca utama masalah kesihatannya.

Pada 14 Julai, Nini menjalani pembedahan untuk membuang gumpalan tersebut dan mendapati perutnya telah membengkak sehingga dua kali ganda saiz normal.

Lima hari selepas pembedahan, Nini mula makan seperti biasa dan dibenarkan keluar dari hospital. Beliau kembali ke hospital untuk pemeriksaan susulan pada 5 Ogos dan disahkan dalam keadaan sihat.

Doktor di hospital berkenaan memberi peringatan bahawa jika kanak-kanak makan benda seperti rambut atau kaca selama lebih sebulan dan tidak dapat berhenti, mereka mungkin mengalami keadaan yang dikenali sebagai trichophagia. Ibu bapa disarankan untuk segera membawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut.

Baca juga: Makan Sihat Tapi Tetap Kena Kanser Usus, Wanita 29 Tahun Akui ‘Burnout’ Punca Sebenar!

Sumber: SCMP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×