Euforia Bola 2026
Rakyat

Ini Cuti Panjang Untuk Hujung Minggu 2026, ‘Apply’ 2 Hari Tapi Dapat Cuti Sampai 5 Hari!

cuti panjang 2026

Percaya atau tidak, anda boleh menikmati cuti panjang 2026 selama 5 hari dengan hanya mengambil cuti bekerja selama dua hari.

Dengan perancangan ‘bijak’, anda boleh gabungkan cuti umum yang jatuh berdekatan hujung minggu bersama cuti tahunan untuk mendapatkan rehat lebih panjang tanpa menjejaskan baki cuti kerja.

Baca juga: Akaun Tabung Haji Boleh ‘Beku’ Kalau Tak Buat Langkah Ini, Jangan Menyesal Kalau Terlambat!

SENARAI CUTI PANJANG 2026 DI MALAYSIA, TANDA KALENDAR ANDA

CUTI PANJANG 2026

Freepik

Berikut adalah senarai cuti panjang 2026 di Malaysia yang boleh anda tandakan dalam kalendar:

1. Tahun Baru 

Tarikh: Khamis, 1 Januari
Ambil cuti: Jumaat, 2 Januari
Jumlah cuti: 4 hari (Khamis – Ahad)

2. Thaipusam + Hari Wilayah Persekutuan

Tarikh: Ahad – Isnin, 1–2 Februari
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Sabtu – Isnin)

3. Tahun Baru Cina (Chinese New Year)

Tarikh: Selasa – Rabu, 17–18 Februari
Ambil cuti: Isnin, 16 Februari
Jumlah cuti: 5 hari (Sabtu – Rabu)

4. Hari Raya Aidilfitri

Tarikh: Sabtu – Isnin, 21–23 Mac
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Sabtu – Isnin)

5. Hari Pekerja (Labour Day)

Tarikh: Jumaat, 1 Mei
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Jumaat – Ahad)

6. Hari Raya Haji

Tarikh: Rabu – Khamis, 27–28 Mei
Ambil cuti: Jumaat, 29 Mei
Jumlah cuti: 5 hari (Rabu – Ahad)

7. Hari Wesak + Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Tarikh: Ahad – Isnin, 31 Mei – 1 Jun
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Sabtu – Isnin)

8. Awal Muharram

Tarikh: Rabu, 17 Jun
Ambil cuti: Khamis – Jumaat, 18–19 Jun
Jumlah cuti: 5 hari (Rabu – Ahad)

9. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

Tarikh: Selasa, 25 Ogos
Ambil cuti: Isnin, 24 Ogos
Jumlah cuti: 4 hari (Sabtu – Selasa)

10. Hari Merdeka

Tarikh: Isnin, 31 Ogos
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Sabtu – Isnin)

11. Hari Malaysia

Tarikh: Rabu, 16 September
Ambil cuti: Khamis – Jumaat, 17–18 September
Jumlah cuti: 5 hari (Rabu – Ahad)

12. Perayaan Deepavali

Tarikh: Ahad – Isnin, 8–9 November
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Sabtu – Isnin)

13. Hari Keputeraan Sultan Selangor (untuk negeri Selangor sahaja)

Tarikh: Jumaat, 11 Disember
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Jumaat – Ahad)

14. Hari Krismas (Christmas)

Tarikh: Jumaat, 25 Disember
Ambil cuti: Tidak perlu
Jumlah cuti: 3 hari (Jumaat – Ahad)

Dengan adanya senarai cuti panjang tahun 2026 ini, anda berpeluang untuk mendapatkan cuti sehingga 5 hari berturut-turut dengan hanya mengambil cuti tambahan satu atau dua hari sahaja.

Jadi, tandakan siap-siap kalendar anda supaya cuti umum 2026 tidak disia-siakan!

Baca juga: Nak Lesen Motosikal B2 Percuma? Ini Panduan & Syarat Penting Anda Kena Ambil Tahu!

Sumber: iMoney

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×