Euforia Bola 2026
Didik

KPM Lulus RM3 Juta Pasang CCTV Di Sekolah Berasrama, Tak Sangka Ramai Berikan Reaksi Ini!

pemasangan CCTV

Pemasangan CCTV di sekolah berasrama seluruh negara akan dipertingkatkan selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi tujuan itu.

Menurut KPM, pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta di sekolah berasrama terpilih sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di bawah kendaliannya.

Baca juga: Ini Senarai Sekolah Pemulihan Akhlak Di Malaysia, Tak Semua Yang Masuk Juvana Terus Ke Penjara

RM3 JUTA PERUNTUKAN PEMASANGAN CCTV DI SEKOLAH BERASRAMA

pemasangan CCTV

Gambar Facebook KPM

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh aspek pemantauan, mencegah insiden tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif bagi semua murid.

“Bagi meningkatkan aspek keselamatan di institusi pendidikan bawah kelolaannya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.

“Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.
“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden yang tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid,” ujar KPM.
Reaksi warga maya

Pengumuman ini menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, khususnya ibu bapa dan warga sekolah yang menyambut baik langkah tersebut.

Seorang pengguna bernama Syazwan menyatakan, “sokong seratus peratus kalau boleh, semua sekolah berasrama bawah KPM kena pasang CCTV ini.”

Namun, ada juga yang mencadangkan penambahbaikan lain bagi memastikan keberkesanan pemasangan.

“Saya cadangkan pasang juga bug microphone di tempat tertutup seperti tandas, bilik mandi, tempat wuduk. Tandas dan bilik mandi adalah port pembuli, tetapi mesti ambil kira aurat dan aib pelajar,” ujar Azzah.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sekolah mereka yang telah mengambil inisiatif sendiri.

“Pasang, memang bagus. Sekolah kami dah pasang, paling-paling depan pintu tandas, budak vape, budak rosakkan pintu tandas semua dah kurang dan hampir tak berlaku. Kami pasang guna dana PIBG. Alhamdulillah,” kongsi Sharodiyana.

Ada juga yang berharap usaha ini tidak hanya terhad kepada sekolah berasrama, “semoga semua sekolah menikmati kemudahan ini nanti, sekolah harian juga perlukan CCTV.”

Malah, ada pengguna menyuarakan pandangan mengenai peruntukan negara, “daripada beli lencana Jalur Gemilang harga juta-juta, bagus guna dana itu pasang CCTV.”

Tidak ketinggalan juga, ramai yang berterima kasih atas inisiatif ini dan melihatnya sebagai satu langkah positif demi keselamatan anak-anak di sekolah.

“Alhamdulillah, ada langkah perubahan dari KPM. Peruntukan untuk CCTV di asrama memang satu usaha baik demi keselamatan anak-anak. TERIMA KASIH KPM,” ujar Asna.

Justeru itu, pemasangan CCTV di sekolah berasrama bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan murid, malah memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada dalam persekitaran yang lebih terjamin dan terkawal.

Baca juga: 5 Tips Isi UPU Untuk Elak Jadi Graduan ‘Tersadai’ Habis Konvo, Lepasan STPM Baca Ini!

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×