Ramai pasangan memilih untuk mengelakkan kehamilan secara semula jadi tanpa menggunakan kaedah perancang moden. Antaranya dengan menggunakan beberapa posisi seks elak hamil yang dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko kehamilan.
Meskipun tiada posisi yang benar-benar menjamin pencegahan kehamilan sepenuhnya, sesetengah posisi dipercayai dapat mengurangkan kemungkinan sperma sampai ke ovum.
Baca juga: Isteri Tak Puas Hati Tinggal Di Rumah Mentua, Marah Bila Suami Asyik Lebihkan Ibu Sendiri!
6 POSISI SEKS ELAK HAMIL UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI CUBA

Freepik
Berikut enam posisi seks elak hamil boleh dicuba:
1. Wanita di atas (Cowgirl)
Posisi seks elak hamil yang pertama adalah wanita berada di atas untuk mengawal ‘pergerakan.’ Graviti dikatakan membantu sperma keluar semula selepas ejakulasi, sekali gus dikaitkan dengan kemungkinan hamil yang lebih rendah. Namun, jika ejakulasi berlaku di dalam faraj, risiko masih tetap ada.
2. Posisi duduk atau berhadapan
Selanjutnya, posisi secara duduk saling berhadapan contohnya di atas kerusi atau sofa. Ini dikatakan mengurangkan peluang sperma untuk bergerak terus ke arah serviks, sekali gus mengurangkan kebarangkalian kehamilan.
3. Posisi seks elak Hamil – sisi ke sisi (Spooning)
Spooning adalah posisi berbaring mengiring yang dikatakan akan menghasilkan penetrasi lebih rendah dan dikatakan dapat mengurangkan daya tolakan sperma ke dalam rahim. Namun, ejakulasi di dalam masih membawa risiko kehamilan seperti biasa.
4. Reverse cowgirl
Posisi seterusnya adalah variasi posisi wanita di atas, cuma wanita menghadap ke arah kaki pasangan lelaki. Posisi ini juga memanfaatkan graviti dan membolehkan sperma keluar lebih mudah selepas ejakulasi.

5. Posisi seks elak hamil – 69
Posisi 69 merupakan posisi di mana pasangan berbaring dengan kepala menghadap alat kelamin masing-masing. Dengan cara ini, pasangan suami isteri boleh merangsang kemaluan bersama tanpa perlu risau akan risiko ‘termengandung’.
6. Posisi doggy style
Walaupun posisi ini memberi penetrasi lebih dalam, ia juga memudahkan pasangan lelaki menarik keluar zakar sebelum ejakulasi (kaedah ‘pull out’).
Dengan memancutkan air mani di luar faraj, risiko kehamilan dapat dikurangkan. Namun kaedah ini memerlukan kawalan diri yang tinggi dan masih bukan langkah pencegahan yang sepenuhnya selamat.
Jika anda dan pasangan benar-benar ingin mengelakkan kehamilan, penggunaan kondom, pil perancang atau IUD jauh lebih dipercayai. Ingat ya, jangan bergantung sepenuhnya pada posisi.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Suami Isteri ‘Bersama’ Tanpa Seurat Benang, Tak Sangka Ini Hukum Dalam Islam…
Sumber: Vinmec & Hello Doktor
