Euforia Bola 2026
Famili

Tempurung Kepala Retak Akibat Ditolak Rakan, Aisyah Sofia Selamat Jalani Pembedahan

ditolak rakan

Seorang kanak-kanak perempuan yang tular baru-baru ini dipercayai akibat ditolak rakan semasa berada di sekolah, telah selamat menjalani pembedahan selama tujuh jam pada Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail, memaklumkan bahawa keadaan kanak-kanak tersebut kini stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Baca juga: Ibu & Anak Usia 9 Tahun Maut, Disyaki Keracunan Makanan Lauk Di Kenduri Kahwin

AISYAH SOFIA DITOLAK RAKAN, SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

ditolak rakan

Menurut beliau, kejadian berkenaan berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 6.45 petang di tapak perhimpunan sekolah, ketika murid itu menemani ibunya yang sedang membuat persiapan pentas bagi Program Sambutan Hari Lahir Peringkat Sekolah

“Ketika bermain bersama rakan sebaya, mangsa telah terjatuh. Pada awalnya keadaan kelihatan normal tanpa sebarang kecederaan luaran, namun sekitar jam 2 pagi keesokannya, dia didapati tidak sedarkan diri,” jelasnya selepas mengadakan lawatan kepada ibu mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mersing sebelum dipindahkan ke HSA, di mana pembedahan segera dilakukan untuk membuang pendarahan dalaman yang dikesan.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit, Zalinda Lin, dalam satu hantaran media sosial pada Selasa, memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak perempuannya, Aisyah Sofia Rohaizan, yang ketika itu sedang bertarung nyawa.

Diharapkan Aisyah Sofia segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Insiden ini juga menjadi peringatan kepada semua pihak tentang pentingnya pengawasan dan keselamatan murid-murid semasa berada di sekolah.

Baca juga: Makan Sihat Tapi Tetap Kena Kanser Usus, Wanita 29 Tahun Akui ‘Burnout’ Punca Sebenar!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×