Pernah tak anda tertanya, macam mana cara buat burger sedap macam gerai tepi jalan? Rasa ‘padu’, sosnya pekat, dagingnya juicy, roti pula rangup di luar tapi lembut di dalam tapi bila buat di rumah tak sama!
Rupanya, ada rahsia dan teknik tersendiri dikongsikan oleh peniaga burger popular. Ada 12 tip penting untuk hasilkan burger yang buat orang datang berkali-kali. Yang penting, jangan kedekut.
Baca juga: Bibik Kongsi Cara Masak Telur Dadar Macam ‘Pro’, Nampak Macam Biasa Tapi Sedap LUAR BIASA!
Cara Buat Burger Sedap Macam Gerai Tepi Jalan

Berikut merupakan 12 tip buat burger sedap ala peniaga gerai.
1. Gunakan Daging 70g
Ini merupakan berat ‘ideal’ dan jangan kedekut sampai nipis kertas. Pelanggan sanggup bayar lebih kalau puas hati dengan isi dagingnya.
2. Jangan Tekan Daging Semasa Masak
Tekan daging akan keluarkan jusnya dan hasilnya kering dan keras. Biarkan saja masak perlahan, alih-alihkan cukup. Letak sedikit planta untuk aroma, bukan sampai berminyak banjir.
3. Perasa Rahsia
Cucuk-cucuk daging dengan garpu, kemudian tabur seasoning seperti Lea & Perrins atau Maggi, tambah lada sulah atau lada hitam untuk aroma menyengat.
4. Air Bawang Putih untuk Juiciness
Air bawang putih boleh ganti jus daging yang hilang. Potong bawang putih, rendam dalam air, simpan dalam botol berlubang dan percikkan sedikit pada daging ketika hampir masak.
5. Api Sederhana
Api terlalu kuat akan cepat keringkan daging. Masak perlahan lebih selamat untuk rasa dan tekstur.
6. Roti Sapu Planta
Sapu rata planta pada roti, bakar di atas kuali tanpa tekan terlalu kuat. Cara ini kekalkan bentuk dan kelembutan roti sambil bagi permukaan rangup.
7. Guna Lettuce Iceberg, Bukan Kobis
Sayur pilihan ikut selera, tapi lettuce iceberg bagi rasa lebih segar dan renyah. Cuma harganya agak mahal dan sukar dapat setiap hari.
8. Pilih Sos Berkualiti
Peniaga hebat di KL banyak guna sos jenama Longso, pekat, manis masin seimbang. Kalau jumpa, memang berbaloi simpan stok.
9. Mayonis Premium
Mayonis Nelly antara yang terbaik. Sapuan nipis pun dah cukup bagi rasa lemak berkrim yang ‘kaw’.
10. Keju Oren Berperisa BBQ
Apa-apa jenama smoked BBQ cheese boleh, asalkan berkualiti. Jangan guna yang murah sampai tak rasa cheese langsung.
11. Sos Lada Hitam Homemade
Buat sendiri untuk rasa asli: cairkan butter, masukkan tepung gandum, tambah oyster sauce, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock dan garam. Biarkan mendidih wangi, kemudian celup daging ke dalamnya.
12. Susunan Lapisan Burger
Susun ikut formula: Mayo di bawah, sos di atas, sayur di tengah. Letakkan keju atas daging panas supaya cair dan melekat sempurna.

Foto: freepik
*Selamat mencuba di hujung minggu!
Baca juga: 7 Port Makan Durian Paling ‘Berhantu’ Di Sekitar KL & Selangor, Rasa Padu… Harga Berbaloi!
