Buah naga yang manis menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang segar, teksturnya yang lembut dan kandungan khasiatnya yang tinggi. Sama ada dimakan begitu sahaja, dijadikan jus atau dicampur dalam salad buah, buah naga yang manis dapat memberikan pengalaman rasa yang lebih memuaskan.
Namun, tidak semua buah naga yang kelihatan menarik di luar mempunyai rasa yang manis di dalam.
Baca juga: Mee Kuah Turun-Temurun Yang Istimewa, Umur Abah Sudah Masuk 72 Tahun Baru Dapat Resipi!
CARA MEMILIH BUAH NAGA YANG MANIS
Ramai pembeli sering tertipu dengan rupa luaran yang cantik tetapi mendapati isinya tawar atau kurang segar.
Sebenarnya, ada beberapa tanda dan petua mudah yang boleh membantu anda mengenal pasti buah naga yang benar-benar masak dan mempunyai rasa manis semula jadi. Dengan memerhatikan warna, tekstur, bau dan beratnya, anda boleh mengelakkan pembelian yang mengecewakan.
Memilih buah naga yang betul bukan sahaja menjamin rasa yang enak, tetapi juga memastikan anda mendapat khasiat sepenuhnya. Buah naga yang segar kaya dengan vitamin C, serat, antioksidan dan mineral penting yang baik untuk kesihatan tubuh.
Jadi, sebelum membeli, ketahui langkah-langkah mudah untuk memilih buah naga yang masak sempurna dan manis semula jadi.
Baca juga: Resipi Golden Egg Ball Ala Kedai Sushi Terkenal, Rangup Luar Tapi Leleh Dalam!
1. Pilih buah yang berwarna terang
Buah naga yang masak biasanya mempunyai warna yang terang.
Warna kulit boleh merah, merah jambu atau kuning bergantung kepada variati. Pilih buah naga mempunyai warna yang kaya dan sekata di seluruh permukaannya.
Elakkan buah naga yang terlalu hijau atau bertompok coklat kerana ini boleh menandakan buah tersebut masih belum masak atau belum segar.
2. Sentuh buah
Perlahan-lahan sentuh permukaan buah naga. Buah naga yang masak biasanya agak lembut tetapi tidak terlalu lembik. Malah, ada yang percaya berlekuk rata juga dalamnya manis.
Elakkan buah yang terasa keras atau terlalu lembut, kerana ini boleh menunjukkan kualiti yang tidak baik.
3. Periksa kulit
Periksa kulit buah naga untuk mengesan bintik-bintik calar, kedutan atau kesan calar. Buah naga yang mempunyai kulit licin dan bersih berkemungkinan besar mempunyai daging yang manis.
Tetapi ada juga yang mengatakan sedikit noda pada kulitnya juga lebih manis.
4. Hidu bau buah
Bau buah naga yang masak pada umumnya sangat wangi dan manis. Cuba hidu aroma buah naga yang anda pilih. Jika ia mempunyai aroma yang kuat dan manis, ia adalah petanda yang baik.
5. Periksa hujung buah
Lihat hujung buah naga. Jika hujungnya kelihatan segar dan tidak rosak, itu menandakan buahnya masih elok.
6. Berat buah
Buah naga yang masak biasanya lebih berat daripada yang belum masak. Cuba bandingkan berat beberapa buah naga dalam satu tangan, dan pilih yang dirasakan lebih berat.
7. Tanya penjual
Jika anda masih ragu-ragu, jangan segan silu untuk bertanya kepada penjual buah naga. Mereka mungkin arif tentang jenis buah naga yang mereka jual dan boleh memberi nasihat lanjut kepada anda.
Baca juga: Resepi Mocha Tiramisu Cheese Meleleh, Nampak Sedap Bila Hidang Serius Orang Ingat Kau Pro Baker!
Sumber: NorbayaDahalan / Basyirah Syirah

