Euforia Bola 2026
Rakyat

Langit Ibu Kota ‘Diwarnai’ Bunga Api 360 Darjah, Malam Ambang Merdeka Lebih Memukau!

MALAM AMBANG MERDEKA

Sambutan Malam Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2025 akan memberikan pengalaman luar biasa kepada orang awam, terutamanya yang berada di Kuala Lumpur Tower.

Ini berikutan pertunjukkan bunga api 360 darjah yang memukau, dilancarkan serentak dari tiga lokasi berbeza dan merupakan satu pencapaian julung kali dalam sejarah penganjuran acara di menara ikonik ini.

Baca juga: Dari Pewaris Ke Pemimpin, Ini 10 Wanita Paling Kaya Di Malaysia & ‘Kuasai’ Dunia!

BUNGA API 360 DARJAH SEMPENA MALAM AMBANG MERDEKA DI KL TOWER

MALAM AMBANG MERDEKA

Inisiatif ini merupakan antara usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, sambil meraikan semangat perpaduan dan keindahan budaya pelbagai kaum kepada pengunjung tempatan serta pelancong asing.

Acara khas ini dijadualkan berlangsung dari pukul 9.00 malam hingga 12.30 tengah malam dan bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik.

Pintu masuk akan dibuka kepada pemegang tiket mulai jam 9.00 malam, diikuti persembahan busking oleh kumpulan The Sky Band pada jam 9.30 malam.

Kiraan detik menjelang tengah malam akan bermula pada jam 11.30 malam, sebelum pertunjukan bunga api yang menakjubkan menerangi langit Kuala Lumpur tepat jam 12.00 tengah malam. Acara akan ditutup secara rasmi pada jam 12.30 tengah malam.

Sebanyak 1,200 tempat duduk disediakan menerusi tiga zon tontonan eksklusif, iaitu Observation Deck (400 tetamu), Sky Terrace (300 tetamu) dan Tower Terrace (500 tetamu). Tiket boleh diperoleh melalui laman web rasmi www.kltower.com tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

MALAM AMBANG MERDEKA

Pertunjukan bunga api ini juga merupakan antara acara utama dalam siri sambutan Bulan Kebangsaan, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur Tower.

Antara program lain yang dirancang termasuklah Light Up Malaysia Colours of Unity, Pertandingan Lagu Patriotik Gema Merdeka, Pertandingan Padu Tarik dan Tebar Canai serta Sayembara Puisi Kemerdekaan. Kesemua acara ini bertujuan menyemai semangat perpaduan, meraikan keunikan budaya Malaysia dan mengukuhkan lagi imej Kuala Lumpur Tower sebagai simbol kebanggaan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn Bhd, Encik Khairil Faizal Hj Othman berkata, sambutan kali ini amat istimewa kerana buat pertama kalinya para pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukan bunga api dari tiga arah serentak, menghasilkan paparan visual 360 darjah yang luar biasa.

Baca juga: Makan Sihat Tapi Tetap Kena Kanser Usus, Wanita 29 Tahun Akui ‘Burnout’ Punca Sebenar!

Sumber: KL Tower

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×