Euforia Bola 2026
Famili

Mahkamah Tolak Rayuan Akhir, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun Abai & Aniaya Bella!

siti bainun

Siti Bainun Ahd Razali, pengasas Rumah Bonda, gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Rayuan pada Khamis apabila panel tiga hakim mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya atas kesalahan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, Bella.

Keputusan sebulat suara itu diumumkan oleh panel yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Baca juga: Pelakon Wanita Hantar Injunksi Kepada Ibu Sendiri, Prosesnya Bukan Mudah & Ini Masyarakat Perlu Tahu!

SITI BAINUN DIPENJARA 12 TAHUN

siti bainun

Gambar oleh Muhaimin Marwan.

“Kami sebulat suara memutuskan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tingi dikekalkan dan sebulat suara merasakan kecederaan mangsa di bawah jagaan perayu yang telah diamanahkan di mana mangsa merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

“Walaupun jika tidak diamanahkan sekali pun, seseorang manusia itu bukan setakat sesama manusia, tetapi haiwan yang tidak mempunyai akal (pasti) tidak tergamak untuk mendatangkan kecederaan. Orang awam dinasihatkan agar takut dengan hukuman dan undang-undang yang ada,” ujarnya.

Mahkamah mendapati tiada sebarang kekhilafan fakta atau undang-undang dalam penghakiman Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Menurut Azman, selepas meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan, kes terhadap Siti Bainun dibuktikan melampaui keraguan munasabah bagi kedua-dua pertuduhan.

“Perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dan sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah dikekalkan,” katanya.

Baca juga: Mayat Bayi Lelaki Berlumuran Darah Ditemui, Ditanam Sedalam 10cm Di PPR Gua Musang!

Kesalahan itu dilakukan antara Februari hingga Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, ketika mangsa berusia 13 tahun.

Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun, memerintahkan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM5,000, serta khidmat masyarakat 200 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Siti Bainun kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak dua tahun lalu. Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman pernah dibuat namun ditolak.

Rayuan di Mahkamah Tinggi pada 2 Mei 2024 juga gagal sebelum beliau membawa kes ke Mahkamah Rayuan, yang akhirnya turut menolak rayuan tersebut semalam.

Baca juga: Gelombang Solidariti #JusticeforZara Gegar Media Sosial Antarabangsa, Termasuk United Kingdom & Amerika Syarikat!

Sumber: Malaysia Gazette / Sinar Harian

FT Image: ASTRO AWANI / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×