Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Puding Karamel Pandan Tanpa Telur, Lembut Tergedik-Gedik Walaupun Tak Kukus!

PUDING KARAMEL PANDAN

Puding karamel pandan tanpa telur ini pasti menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang lembut, rasa lemak manis dan aroma pandan yang wangi menyegarkan.

Selain sesuai dinikmati sejuk-sejuk, puding ini juga mudah disediakan dan tidak menggunakan bahan rumit. Ikuti perkongsian penuh resepi puding karamel pandan di bawah ini.

Baca juga: Cara Buat Barli Rebus Lebih Tahan Lama Dalam Bekas, Minum Setiap Hari Untuk Kesihatan Diri!

CARA BUAT PUDING KARAMEL PANDAN TERGEDIK-GEDIK TANPA TELUR

PUDING KARAMEL PANDAN

Tekstur lembut, tidak muak, manisnya cukup-cukup rasa dan sangat menyegarkan dimakan sejuk.

Bahan-bahan karamel:

  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan air panas

Cara-cara penyediaan:

– Cairkan gula dalam kuali menggunakan api kecil sehingga menjadi perang.

– Masukkan air panas, kacau hingga larut dan gula cair semula.

– Tuang satu sudu besar karamel ke dalam setiap acuan. Ketepikan.

Bahan-bahan puding:

  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air
  • 2 cawan air daun pandan (Kisar 5 helai daun pandan dengan air dan tapis)
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh emulco pandan (jika tiada boleh abaikan)
  • Pewarna hijau epal secukupnya

Cara penyediaan puding:

1. Satukan semua bahan puding dalam kuali. Kacau rata sebelum buka api.

2. Hidupkan api dan kacau sentiasa hingga adunan mendidih dan sebati.

3. Tuang adunan ke dalam acuan berisi karamel hingga penuh.

4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 3–4 jam atau semalaman sehingga puding mengeras sepenuhnya.

5. Terbalikkan ke atas pinggan dan sedia untuk dinikmati sejuk-sejuk.

Dengan bahan mudah dan langkah yang ringkas, puding karamel pandan ini pasti menjadi pencuci mulut digemari oleh seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Lengat Pisang Tradisional Macam Nenek, Rasa ‘Kayangan’ & Lebih Puas Makan!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×