Anak perempuan kepada pelawak, Shuib, Dzahira Talita Zahra, 12 tahun, difahamkan mengalami kecederaan akibat terkena minyak panas semasa berada di dapur.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu tirinya, Watie Hanifiah, 37, menerusi satu hantaran di Instagram yang turut menggambarkan suasana panik dan perasaan sebaknya ketika insiden tersebut berlaku.
Baca juga: Dapat CGPA 3.83 Tapi Ditolak Universiti Kerana Autism? Bapa Pelajar OKU Tuntut Keadilan Untuk Anak!
ANAK SHUIB TERKENA MINYAK PANAS KETIKA GORENG KENTANG

Menurut Watie, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9 malam ketika mereka sekeluarga sedang menyediakan makanan ringan untuk seisi keluarga menikmati.
“Talita memang pandai buat kentang goreng dan memang selalu kami buat sendiri di rumah. Malam itu, dia panaskan minyak agak lama sebelum mahu memasukkan kentang.
“Ketika mahu menggoreng, kemungkinan tangan dia masih basah, menyebabkan minyak meletup. Dia terus meraung satu rumah. Kami panik tak tahu nak buat apa, malah ubat pun tak jumpa.
“Anak-anak Mummy semuanya rajin ke dapur, suka memasak, suka cuba pelbagai resipi. Tapi inilah sebabnya Mummy jarang izinkan anak-anak masuk dapur, paling tidak pun cuma minta tolong basuh pinggan,” ujarnya.

Watie mula panik dan menggigil apabila mendengar jeritan Talita yang meraung kesakitan selepas terkena minyak panas. Namun apa yang lebih menyayat hati adalah kata-kata yang keluar daripada mulut anak kecil itu.
“Dalam tangisan dan raungan, Talita tak henti-henti tanya, ‘Talita ada buat dosa dengan Mummy ke? Talita ada buat dosa dengan Daddy ke? Talita anak yang baikkan Mummy? Kenapa Allah bagi Talita rasa sakit ni, Mummy?’” ujarnya.
Dalam hantaran yang sama, Watie turut memohon doa orang ramai agar Talita segera sembuh dan meminta para pengikutnya untuk berkongsi sebarang tip atau petua berkesan jika terkena minyak panas.
Baca juga: Wanita Ini Cadang Waktu Sekolah Rendah 7.30AM-5.30PM, Mental Ibu Ayah Terjaga & Tak ‘Rushing’!
Sumber: Instagram
