Euforia Bola 2026
Kerjaya

Gara-Gara Bos & PA Berskandal, Kerja Idaman Jadi Tempat Toksik Sampai Ramai Staf Lari!

red flag tempat kerja

Dalam dunia kerjaya moden, mengenal pasti tanda-tanda red flag tempat kerja adalah langkah penting demi melindungi kesejahteraan diri. Namun, ada kalanya kita hanya sedar setelah benar-benar terperangkap dalam situasi yang toksik.

Begitulah pengalaman pahit yang dilalui oleh Nadiah (bukan nama sebenar), apabila terjebak dalam suasana kerja huru-hara yang didalangi oleh skandal antara majikan dan pembantunya sendiri.

Baca juga: Ramai Gagal ‘Survive’ Bila Kerja Di Luar Negara, Sebelum Terkena Anda Kena Tahu 5 Tips Penting Ini

KISAH BENAR RED FLAG TEMPAT KERJA

red flag tempat kerja

Nadiah yang kini bekerja sebagai juru urut terapi bertauliah.

Itulah pengalaman getir yang dilalui oleh ibu tunggal berusia 38 tahun dan ibu kepada tiga anak. Berkelulusan ijazah dalam bidang pemakanan dari sebuah institusi awam tempatan, beliau kini menjalankan perniagaan sendiri sebagai juru urut terapi bertauliah.

Sebelum itu, Nadiah pernah menyertai sebuah syarikat yang memasarkan produk kesihatan sebagai Eksekutif Pembangunan Produk. Ia merupakan jawatan yang sepadan dengan kelayakan serta minatnya dalam bidang pemakanan.

“Saya terima kerja sebab saya rasa skop kerja ini sesuai dengan bidang belajar saya dan dengan pengalaman sebelum ini yang saya ada,” jelasnya.

Namun, tidak lama selepas memulakan kerja, pelbagai isu dalaman mula timbul. Walaupun beliau serasi dengan tugas dan tugasan harian, budaya kerja yang tidak tersusun dan cara pengurusan yang lemah menjadikan suasana sangat menekan.

“Tugas diberi secara ‘fire and forget’, tiada pengkhususan. Tiba-tiba boleh kena marah sebab tak siapkan tugasan, walhal bukan tanggungjawab kita pun,” kongsinya kepada penulis Sirap Limau.

Selain itu, tindakan menegur secara terbuka hingga memalukan, menyalahkan orang yang tidak bersalah dan keputusan yang sering berat sebelah telah menyumbang kepada rasa tertindas.

Kejadian-kejadian ini mula membuka mata Nadiah, lebih-lebih lagi apabila menyedari ramai pekerja keluar masuk dalam tempoh singkat. Hanya bos dan pembantu setianya sahaja yang kekal dan lama-kelamaan, timbul persoalan tentang punca sebenar.

“Saya sedar sepenuhnya selepas saya tender resign letter. Ada satu peristiwa berlaku, saya ceritakan kepada rakan sekerja yang baik dengan dia. Barulah kami faham… rupanya banyak huru-hara yang berlaku sebelum ini berpunca daripada hubungan mereka berdua,” ceritanya lagi.

Hubungan sulit antara bos dan pembantu peribadinya bukan sekadar urusan peribadi. Ia memberi kesan langsung terhadap keadilan di tempat kerja.

Di mana, keputusan dibuat secara berat sebelah, laporan ditelan mentah tanpa semakan dan staf bawahan menjadi mangsa tekanan mental.

“Bos bersikap bias, tidak profesional dan hanya mendengar laporan dari skandalnya sahaja… mangsa pula staf bawahan, kena mental torture,” jelasnya yang kecewa.

Selepas insiden itu, seorang demi seorang pekerja memilih untuk berhenti, termasuk rakan sekerjanya yang rapat serta kakitangan pentadbiran kerana tidak sanggup lagi bertahan.

Baca juga: Kekurangan Bukan Penghalang, 5 Kerjaya Sesuai Untuk OKU Yang Ramai Tak Nampak

red flag tempat kerja

Nadiah yang sedang mengurut pelanggannya sebagai juru urut terapi bertauliah.

Pengalaman pahit ini menjadikan Nadiah jauh lebih berhati-hati dalam memilih tempat kerja.

Kini, beliau akan menyemak profil syarikat melalui SSM, meneliti review bekas pekerja dan menyiasat punca staf tersebut berhenti sebelum bersetuju menerima sebarang tawaran.

“Kalau tahu staf yang kerap berhenti walaupun baru bekerja, itu red flag. Mesti ada yang tak kena dengan syarikat tersebut,” kongsinya lagi.

Beliau juga menasihati pencari kerja agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja yang kelihatan menarik di atas kertas.

“Jangan gopoh, teliti betul-betul kontrak kerja, tengok suasana kerja di syarikat tersebut semasa temu duga. Kalau syarikat claim mereka dah lama bertapak, siasat juga berapa ramai staf yang setia,” sambungnya lagi.

Buat mereka yang pernah berada dalam persekitaran kerja toksik, pesanan Puan Nadiah sangat menyentuh hati.

“Kita boleh down tapi jangan lama-lama, esoknya dah terus kena gerak untuk hidup. Teruskan pencarian kerja, rezeki dan berhubung dengan network yang kita ada. Insha Allah, ada rezeki Allah SWT dah atur untuk kita di luar sana,” nasihatnya di akhir temu bual.

Amaran: Artikel ini merupakan temu ramah eksklusif Sirap Limau dengan pihak terbabit. Jadi, anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di laman website yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.

Baca juga: Perhatian! 5 Persediaan Ini Boleh Selamatkan Anda Dari Malu Hari Pertama ‘Internship’, Rugi Kalau Tak Baca

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×