Euforia Bola 2026
40 Minggu

31 Tahun Dibekukan, Bayi Lelaki Hasil Embrio Akhirnya Hidup Di Dunia Nyata Pada Julai Lalu!

bayi lelaki hasil embrio

Bayi lelaki hasil embrio beku selama hampir 31 tahun akhirnya melihat dunia buat pertama kalinya pada 26 Julai lalu, menjadikan kisah kelahirannya antara yang paling luar biasa dalam sejarah perubatan moden.

Thaddeus Daniel Pierce, itulah nama diberi kepada bayi kecil yang selamat dilahirkan di sebuah hospital di Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Baca juga: Kerap Amalkan Air Zamzam, Penantian 20 Tahun Suami Isteri Berakhir Selamat Timang Zuriat Sulung!

BAYI LELAKI HASIL EMBRIO LAHIR SELEPAS 3 DEKAD DIBEKUKAN

bayi lelaki hasil embrio

Thaddeus Daniel Pierce berasal daripada embrio yang dibekukan pada tahun 1994. Foto Agensi

Bayi seberat tiga kilogram ini bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapanya, malah menyimpan cerita luar biasa tentang harapan, sains dan kasih sayang yang merentas dekad

Embrio Thaddeus sebenarnya telah dibekukan pada tahun 1994, ya ia merupakan tahun yang sama filem Forrest Gump ditayangkan dan konsol PlayStation pertama kali dilancarkan.

Pasangan Lindsey Pierce, 35, dan suaminya, Tim Pierce, 34, dari Ohio, menjadi ibu bapa kepada Thaddeus selepas menerima embrio sumbangan daripada seorang wanita bernama Linda Archerd, 62.

Linda pernah menjalani rawatan kesuburan IVF pada awal 90-an dan menyumbangkan tiga embrio kepada sebuah program pengangkatan embrio Kristian dikenali sebagai Snowflakes.

Daripada tiga embrio yang dihantar ke klinik Rejoice Fertility, hanya dua yang berjaya bertahan selepas proses nyahbeku. Satu daripada embrio tersebut akhirnya membesar menjadi Thaddeus.

“Kami tidak berniat mencipta rekod, kami cuma mahu bayi,” kata Lindsey Pierce ringkas, namun cukup bermakna.

Baca juga: Dr. Amalina Tegaskan Tiada Bukti Saintifik Air Sejuk Bahayakan Ibu Lepas Bersalin

Kelahiran Thaddeus berlaku ketika perdebatan di Amerika Syarikat mengenai status undang-undang embrio beku masih berlanjutan, selepas mahkamah di Alabama menyamakan embrio dengan kanak-kanak.

Namun bagi Linda Archerd, wanita yang telah menyimpan harapan sejak tiga dekad lalu, kelahiran Thaddeus membawa rasa lega dan bahagia.

“Saya pernah menganggap embrio itu sebagai ‘tiga harapan kecil’. Sekarang, salah satunya hidup di dunia nyata,” katanya dengan penuh emosi.

Baca juga: 1 Bahan Yang Ada Dalam ‘Skincare’ Ini Punca Bayi Lahir Cacat, Ibu Hamil Wajib Tahu!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Agensi / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×